Wednesday, August 13, 2008

Jiwa Yang SIHAT

Hmm kalo sebelum ni kita citer pasal fizikal yg sihat...
sekarang kita tengok pulak..
apa tuh tanda jiwa yang SIHAT...
yg akan dikongsikan ini...
disebutkan oleh al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah
di dalam kitab ‘Ighatsatul Lahfan min Mashayid asy-Syaithan’.


Jiwa yang sihat memiliki sifat2 begini...
*Matlamatnya akhirat..
setiap apa yang dia lakukan
semuanya bermatlamat untuk akhirat negeri abadi
sebaliknya bagi jiwa yang tidak sihat..terlena dengan
keseronokan dunia...dan menganggapnya sebagai negeri kekal..
hingga dia menjadi hamba kepadanya..


*Keinginan menuju Allah..
Dia bergantung hanya kepada Allah,
mencintai-Nya sebagaimana seseorang mencintai kekasihnya..
hanya mengharap redha-Nya


*Tidak bosan berzikir
tidak pernah jemu untuk berzikir mengingati Allah...
tidak pernah lena atau asyik dengan selain dari Nya...


*Menyesal jika tertinggal dari berzikir..
Jiwa yang sihat akan rasa menyesal, merasa sedih dan sakit
melebihi sedihnya seorang bakhil yang kehilangan hartanya
jika tertinggal atau terlupa berzikir.


*Rindu untuk beribadah
Jiwa yang sihat selalu rindu untuk menghamba
dan mengabdi kepada Allah s.w.t. ,
sebagaimana rindunya seorang yang lapar terhadap
makanan dan minuman.

*Khusyu' dalam solat
Sangat berhati-hati dalam masalah solat dan
bersegera melakukannya, serta memperolehi
ketenangan dan kenikmatan di dalam solat tersebut


* Keinginannya Hanya kepada Allah
Jiwa yang sihat, keinginannya hanya satu,
iaitu kepada segala sesuatu yang diredhai Allah s.w.t..


*Menjaga Waktu
Di antara tanda sihatnya jiwa adalah merasa sayang
jika waktunya hilang dengan sia-sia,
melebihi sayang seorang yang kikir terhadap hartanya.


*Muhasabah dan Memperbaiki Diri
sentiasa berusaha untuk memperbaiki amal...
sentiasa memperhatikan nikmat dan pemberian Tuhan...
serta kekurangan diri dalam memenuhi hak-hakNya...


Apabila ada takdir menimpanya maka dia mengatakan,
” Ya Allah, aku adalah hamba-Mu, miskin dan memerlukan-Mu,
aku hamba-Mu yang fakir, lemah tidak berdaya.
Engkau adalah Rabbku yang Maha Mulia dan Maha Penyayang.
Aku tidak mampu untuk bersabar jika Engkau tidak menolongku
untuk bersabar, tidak ada kekuatan bagiku jika Engkau tidak
membantuku dan memberiku kekuatan. Tidak ada tempat
bersandar bagiku kecuali hanya kepada-Mu,
tidak ada yang dapat memberikan pertolongan kepadaku
kecuali hanya Engkau. Tidak ada tempat berpaling bagiku
dari pintu-Mu, dan tidak ada tempat untuk lari dari-Mu.¨

9 comments:

Es hash ei Ka Ei en said...

erk.

aku ade 3 mende je kat dlm list tu :|

ngee kena perbaiki lg nieh :p

weh masuk bloc aku ..ko kena tag >:)

^PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA^ said...

kena slalu munasabah diri pasni:|

Es hash ei Ka Ei en said...

munasabah???

MUHASABAH la weiiiii =))

Es hash ei Ka Ei en said...

aku pon slh eja .. 'bloc' =)) blog okeeeeeeeee :p

^PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA^ said...

adoyaii!!!
slh heja plok..
wakakaaka penyaket typo nyerang aku skg:|

Unknown said...

kowang neh nape... muahahaha..
g kelas ngeja blk :))

shem..yup.. kita perbaiki diri k :X

Es hash ei Ka Ei en said...

adoii nk gelak je 'munasabah' =))

aku slh tu xdek la lwk sgt kan kan kannnnn =))

^PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA^ said...

aku pon tk pasan
camne leh tulis "munasabah"
wahahahaha..
alahh...kire dimaapkan jek la wei..
urop N dgn H dekat ah..tetekan N:-(

^PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA^ said...

aku pon tk pasan
camne leh tulis "munasabah"
wahahahaha..
alahh...kire dimaapkan jek la wei..
urop N dgn H dekat ah..tetekan N:-(