Kemalasan melanda.Eh tak baik malas-malas tau mami.
Kena rajin-rajin.Hehehe.
Hari ni usia kandunganku masuk 11 minggu.
Alhamdulillah alah tadek teruk sgt dah.
Muntah sikit-sikit tu biasa la kan.
Aku rasa aku dikira bernasib baik, ada aku dengar
sampaikan xlalu nak bangun pagi. Takleh tengok matahari.
Hu..kesian kan.
Aku banyak study jugak semenjak disahkan hamil tempohari.
Aku dapatkan melalui bahan bacaan, majalah Mami & Baby,
then refer website ratuhatiku.com , hamidarshat pakar sakit puan.
and beberapa sumber lain la..selain dr rujukan pada mak n makcik2 aku.
Memandangkan kehamilan aku kali ni,
ada sikit masalah, ovarian cyst..jadi aku menjadi sorang yang lebih
berhati-hati.. Kalau bleh taknak jadi apa-apa pada kandungan ni.. :)
bahaya ke sakit ni..dari pembacaaan aku dan apa yang doktor bgtau,
sekiranya cyst yg berada di ovari kiri aku ni tak membesar,
ernm last cek up 4cm x 3cm, kalo tak membesar,
insyaAllah smuanya akan oke... aku tanya doktor,
"ada kemungkinan kan doktor utk cyst ni mengecut"
"ye boleh tapi tak semua kes ia mengecut."
mungkin doktor taknak berjanji apa-apa,
taknak aku berharap sgt..
yang nyata aku memang berharap..hehe..
minggu dpn scan lg kat hospital manjung
arapnya tak membesar lg la kan..
"kalo membesar cane dok"
"kalo membesar, akan bahayakan baby..ia akan ambil tmpt baby"
"so, kita terpaksa operate buang cyst tu"
"erkkk..oke...besar mane yg biasanya menyebabkn kna operate?"
"kita tngok, maybe dlm 5 ke 6 cm. tp kalo nak operation pon, kna tunggu
kandungan 16 or 18minggu,sekarang u xstabil lg"
aku diam jek..kebanyakan fakta tuh aku dah baca, tp aku tnya jugak
pada doktor pakar O&G hospital manjung tuh,
yer la..at least aku lebih clear kan..
takut?hei aku manusia biasa, memang la..tp sebenarnya lebih
pada risau, risau keadaan ni akan bahayakan kandungan aku..
takpelah..aku berdoa semoga Allah pelihara kandungan aku ni..
moga cyst ni kecut n bagi ruang untuk baby membesar dengan sihat..
amin..
ngeee...ngidam le plak...
aku tingin
1. Bihun goreng mak..ermm dh dpt minggu lps..
2, Mi wantan goreng yg kat dpn klinik kesihatan silibin ipoh tuh..ah sdapnyeeee..bla nk g tah
2. NASI BERIYANI GAM PUTRAJAYA.... uwaaaaa sedaaaapppp..erkk bkn nk byk.. ckit jek.. nak nasi jek bleh ke ekk..ayam tamo..ahaha
bak kata kwn aku kay, jauh2 le plak menda2 yg aku tingin neh..haha..tah kan
ngengada tul aku neh..huk huk..