Thursday, March 7, 2013

.:: Ayat Pendinding Sihir ::.





Assalamualaikum
Di atas saya kongsikan Ayat ayat pendinding sihir, ayat-ayat pembatal sihir.
Semuanya dari ayat suci Al-Quran.
Surah Taha (Ayat 69), Surah Al-A'raf (Ayat 118-122) dan Surah Yunus (Ayat 81-82)
Ayat-ayat ini yang biras saya bagi untuk diamalkan.
Dan ada kisah di sebaliknya.

Tiga minggu lepas anak saya Nur Syaza Ardini 4tahun,demam panas selama seminggu.
Saya pikir, agaknya demam taknak g sekolah. Sebab dia baru tukar tadika.
Dan sepanjang pegi tadika baru ni tiap2 hari nangis masa hantar. Nampak sgt dia tak seronok Tadika baru ni berbanding masa hantar taski sebelum ni.
Sepanjang demam tu, dia aktif, makan pun selera, malah lebih dari masa dia sihat.
Jadi saya pon tak risau sangat hanya bg ubat demam yg memang ada dalam simpanan.
Hari ketiga masih panas baru bwk klinik. Doktor cakap demam biasa.
Dua ari kemudian terjumpa dengan kawan mak saya, mintak opah ni buatkan air penawar.
Sekali opah ni cakap, "Hang ni ketegur cu"
Dia rasa perot Syaza keras sebelah, dia tanya ada jatuh ke. "Takde"
Mungkin angin. Aku pikir. Sebab bila tepuk perotnya memang bunyi kembung.
Dan dia pon memang ada mengadu sesekali sakit perut.
Opah ni suruh pergi ke sepupunya,Opah sorang lagi yang pandai mengurut perut.

Esok paginya aku pun bawak pergi ke rumah Opah tu. Kami tak cerita pun pasal apa yang dikata opah sebelum tu. Sekali dia pegang Syaza, dia ckp "Ketegur ni". Dia pun sapu kapur kat telinga, perot. Dan diurutnya perut.
Alhamdulillah esoknya Syaza tak demam dah. Tapi masih taknak pergi Tadika.
Dia asyik meragam. Dan paling tak tahan, bersembang sorang-sorang.
Dipanggil 'kawannya'; "Meh meh dok sini." Bila tanya sape tu, "Kakak tu, mummy tak tau ke"
Pernah sekali masa dah nak tido, disuruhnya aku bukak pintu bilik.
"Kawan kak long nak masuk tu, ape mummy tutup pintu"
Aduii, udah la somiku takde, weekend baru ada, huh minggu yg sangat panjang.
Dia asyik mengamuk je. Mulut keluar ayat2 kasar, sedangkan selalu tak macam tu.
Memukul je, menyepak hmm..muka aku ni dicakarnya. Tangan2 aku ni pun.
Hari Rabu tu dia bantai mengamuk dari Maghrib, sampai pukul 10 malam.
Menangis, meronta-ronta, menjerit-jerit.
Aku telefon ustaz nak pergi berubat semua kebetulan takde. Aku bacakan ayat2 suci yang biras ku baca dan usap kepala Syaza. kemudian hembus. Lama-lama dia ok, diam sikit dan tidur. Aku teruskan baca Al-Quran Surah Al-Baqarah. Mak pernah pesan selalu baca n dengarkan surah ni elak gangguan.

Esoknya, bawak g ustaz kat pondok mak. Ustaz bacakan ayat suci dan tutup matanya.
Juga bagi air penawar.
Keesokan hari, biras cakap. Dengar anak saya menangis lg kat umah kakak ipar. Mengamuk lagi.
Kami bawak pulak ke seorang ustaz ni. Biras yang kenal. Ustaz ni yang bagi ke biras tu ayat2 di atas.
Masa berubat lama jugak. Syaza marah betul masa ustaz tu tiup dia selepas baca ayat Ruqyah.
Tiap kali tiup dia marah, ajak aku balik. Sampai la dia tertidur.
Ustaz bagi air untuk diminum dan mandi. Juga ayat untuk diamalkan.

Balik ke rumah, bila dia bgn terus ajak dia mandi.
Alhamdulillah. Maghrib tu, aku ajak dia solat. Elok je pakai telekung, terus ikut solat.
Masa dia tak berapa sihat tu, taknaknya bila diajak.
Bila dengar dia baca Al-Fatihah dari mula sampai habis, leganya rasa.
Malam tu dia kembali normal macam biasa. Main dengan gembira.
Baca doa makan lengkap dengan makna.
Baca "Bismillahillazi.." nyanyian doa favorite nya yang dah lama tak dengar.
Ya Allah
Terima Kasih kerana dengar doaku.
Terima Kasih telah kembalikan anakku.

Tuesday, January 29, 2013

.:: Kes Tuntutan Tribunal Pengguna ::.

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia adalah merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh pengguna di bawah Akta Perlindungan Pengguna, 1999 tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut.

Sebelum ni, aku pernah dengar kat TV je tentang adanya satu badan yang kita ni sebagai pengguna boleh pergi bagi merujuk tentang hak kita sebagai pengguna. Badan ni adalah satu unit di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan. Pernah dengar tapi tak pernah ambik tau.

Aku ada satu kes yang hendak dikongsikan. Kes aku sendiri. Perkongsian sebagai panduan sekiranya terjadi kes yang serupa atau hampir serupa dengan apa yang aku alami. Perkara pertama yang kita perlu tahu adalah hak kita sebagai pengguna.

credit to: pengguna rakyat

Oke. Ceritanya dah lama juga, tapi baru ni teringat nak share. Tahun lepas suamiku ada membeli sebuah TV LCD 42" jenama **** di sebuah hypermarket yang namanya dirahsiakan. Kami beli hari Ahad. Kemudian Ahad berikutnya,iaitu seminggu lepas tu tiba-tiba keluar satu line warna kelabu sebesar dua tapak tangan dari atas sampai bawah. Terkejut la kami, Tv baru sangat beli jadi macam tu. Kami try call pengilang jenama ****, tak angkat sebab hari Ahad kan. So suami suruh aku call esok. Sebab macam biasa subuh esoknya dia dah balik ke KL kerja. So esok paginya, aku call ****, centre suruh call cawangan Ipoh. Aku pon call la. Sekali katanya technician takde, kemudian technician call balik, selepas aku ceritakan semuanya, katanya dia tak boleh datang minggu ni, mungkin minggu depan. Dan katanya dia akan datang check, kemungkinan kena tukar panel yang akan diorder dulu sebab stok takde. Aku dengar macam tu, tak syok betul rasa. Aku pikir, baik aku pegi refer hypermarket tu balik, sebab pendapat aku sebagai penjual dia juga punya tanggungjawab. Aku terus pergi ke sana rujuk pada bahagian Customer Service. Aku pun menceritakan kekecewaan aku pada produk yang aku beli dari diorang, rasa macam beli barang 2ndhand Aku mintak diorang gantikan yang baru. Jawapan yang diterima daripada Technician bahagian Elektrikal agak mengecewakan: "Kami jual je, apa-apa rujuk pembekal". Bagi aku itu adalah jawapan paling teruk,paling tidak bertanggungjawab. Aku call **** balik, aku mintak gantikan yang baru, diorang juga berkeras. Dan akhirnya, aku terfikir untuk ke Tribunal Pengguna. Selepas call ****, aku terus dial 103 untuk dapatkan nombor TTPM Ipoh.

Dari maklumat yang diterima, aku boleh failkan tuntutan dan proses untuk pendengaran kes lebih kurang sebulan. Caranya pergi ke cawangan terdekat, isi borang. Sebenarnya download pon boleh. Tapi aku puas lagi buat secara manual. Aku pergi TTPM cawangan Manjung. Aku bertanya lebih lanjut, walaupun jawapan agak tidak meyakinkan bila aku tanya agak-agak kes macam aku ni aku boleh menang ke. Katanya "tak berani nak cakap, nak cuba bolehlah. Isi borang." Bila tanya berapa lama proses, katanya lebih kurang 3bulan. Oh pulak..hihi.. Tak mengapalah aku cuba jugaklah. Aku yang menguruskan semuanya sebab suami aku jauh kan. Nasib baik documentation semua complete. Kita yang memfailkan kes dinamakan sebagai Pihak Menuntut. Pihak yang dituntut dinamakan sebagai Pihak Penentang. Satu persoalan, aku nak jadikan sape Pihak Penentang samada pengilang atau penjual. Aku pilih penjual sebab aku rasa telah ditipu dengan penjual menjual barangan tidak berkualiti. Kata pegawai TTPM di kaunter tu, kalau kalah kes boleh failkan pada pengilang pulak. Hmmm takpe..

So stepnya:: Isi Borang 1 sebanyak 3salinan > lampirkan sekali bukti pembelian dan yg berkaitan seperti Warranty Card> Ceritakan semuanya dari awal sampai akhir > Aku taip panjang berjela, skrip jawapan dari penjual semua masuk > hantar ke TTPM(bayar RM5 je untuk prosesan) > diorang akan cop dan kita perlu hantar 1salinan kepada penjual. Penjual perlu cop penerimaan borang tersebut > Penjual perlu jawab tuntutan dan hantar kembali kepada TTPM.
Details refer: TTPM

Cerita masa hantar borang by hand. Sebenarnya boleh je hantar by pos daftar ke, tapi aku hantar by hand. Puas hati. Aku hantar kat Customer Service, terus dia panggil Pengurus bahagian. Encik tu jumpa aku, aku pun bagitau dia tentang cerita aku. Sekali katanya, "tu la masalah kita, pembekal ni masalah, kita memang tak boleh buat apa, tak ngapalah BAGUS PUAN nak buat aduan ni, puan hantar je ke tribunal." Aku jawab, "takpe saya dah hantar tribunal, ni salinan untuk pihak encik." TERKEDU dia mendengarnya. Dia ingat aku nak gertak je. Aku pun mintak dia sign terima dan terus blah.

Suami aku pulak mainkan peranan, gunakan medium FB. Dia sound dekat page pengilang jenama **** dan Penjual. Kat FB terus respond mintak details. Dan Esoknya suami dapat call dari hypermarket tu dari yang cawangan sini dan dari KL juga. Wah..cepat kan. Dan hari berikutnya dapat call dari hypermarket, suruh tarik kes dan mereka offer gantikan unit yang baru. Tak payah pergi ambil. Diorang akan hantar terus ke rumah dan pasangkan. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Seterusnya aku call TTPM bagitau tindakan hypermarket tu, dan aku dikehendaki buat surat tarik tuntutan.

So, begitulah serba sedikit info dan cerita yang aku nak kongsi kat sini. Kesimpulannya, kita ada hak sebagai pengguna. Gunakan saluran yang ada sekiranya merasakan hak kita dicabul. Walaupon ada yang sound, "tu la sapa suruh beli hypermarket. Diorang memang takkan ganti punya. Diorang dah jual harga murah,so tanggung la risikonya" Aku pedulikan je kata-kata ni, sebab bagi aku adakah kerana murah berapa ringgit tu diorang ada hak untuk menjual barang rosak takde kualiti. Lawan tetap lawan. Biar Allah yang tentukan.

Thursday, January 17, 2013

.:: Resepi Durian Crepe ::.


Demam DURIAN CREPE semakin beransur reda. Kalau tidak kat FB  itulah post yg asyik orang update kan. Ada yang teringin makan ke. Dah makin kurang la orang jual kan. Sebabnya musim durian pon dah habis. Kot ada pon durian D24, Mousang King dan seumpamanya.So, baik kita buat sendiri kan,pilih durian yang terbaik.

Durian crepe ni aka kuih bantal durian yg specialnya kulit dia tu. Nak sedap kulit tu kena nipis tetapi taknak mudah koyak. Hmmm susah jugak kan. Bagi yang mencari resepi nak mencuba sendiri membuat durian crepe ni. Aku ada resepi yang aku dapat kat internet tapi telah diubahsuai ikut sukahatiku. Kalau resepi sebenar hanya tepung gandum. Tapi aku saja campur beberapa jenis tepung yang dah memang ada kat rumah. 1st time buat memang tak berapa oke mengikut sebulat-bulatnya resepi asal. Then baru la oke. Suamiku la dok bagi semangat, practice make perfect katanya.
So di bawah ni resepinya.

Kulit Crepe
150gm tepung gandum
5 sudu tepung jagung
5 sudu tepung castard
5 sudu tepung ubi
3 biji telur ayam
500ml santan
pewarna kuning
esen vanila
air suku cawan (agak2 kepekatan)
garam sesudu kecil

Semua bahan dimasukkan dalam blender dan kisar hingga sebati. Tapis.
Guna pan yang tak melekat tu dan yang ada pemegang. Senang nak lenggang. Letak minyak sikit gunakan tisu. Ratakan dalam kuali. Letakkan sesenduk kecil dan lenggang. Kulit yang dah siap boleh dilapis-lapis,takkan lekat punya. Gambar di bawah bukan yg aku buat, google nak tunjuk contoh pan tu. Kalau tengok dia lapik2 kulit tu dengan plastik. Tapi resepi ni oke tak melekat. Oke petua kalau kuali yang digunakan tu melekat. gorengkan telur hancur dalam tu.InsyaAllah tak melekat dah. Oke selesai kulitnya.

Inti Durian Crepe
250ml whipping cream

Whipping cream diputar menggunakan mixer sehingga kental. Kental maknanya bila diterbalikkan bekas cream xkan jatuh dah.
Isi durian dilumatkan. Suamiku suka diblend bagi halus terus.

Kemudian kulit crepe diterbalikkan. Bahagian licin di luar. letakkan whipping cream. Lapis kedua isi durian. Kemudian ditutup dengan whipping cream lagi. Lipat segiempat macam bantal. Dah siap. Lipatlah sampai habis.Kemudian simpan dalam peti ais. Dihidang sejuk. Nyummy.

Adik aku, Amy dah buat ikut resepi ni. Alhamdulillah jadi. Ni lah hasilnya.

Wednesday, January 16, 2013

.:: Merawat Hati ::.

Dalam kehidupan yang kita tempuh hari ke hari ni, kita tak dapat mengelak dari rasa sedih, kecewa, hampa, menyesal, marah, dendam. Inilah tanda hati kita sakit. Semua rasa ni kadangkala timbul saat kita berhadapan dengan ujian dan dugaan hidup. Adakala rasa-rasa ini semua kuat. Adakala kurang. Bagi diri aku, saat iman berkurang, jauh dariNya, memang sangat terasa mengapa diri ditimpa ujian begini begitu. Mengapa orang yang kita nampak biasa je, kadang tak ikut pun suruhanNya, hidupnya oke-oke saja. Macam mana kita tahu dia oke. Entah pandangan mata secara luaran sahaja. Hakikatnya hanya Dia yang tahu. Hati yang sakit ini perlu dirawat. Siapa yang perlu merawatnya? Kita sendiri.

Sebagai manusia yang ingin hidup tenang, ingin bahagia, kita cuba cari penyelesaian, jalan keluar bagi sesuatu perkara itu. Bukan hanya memandang sesuatu sebagai masalah semata-mata. Kerana jika kita dah sekat minda kita dari cari jalan keluar, memang kita akan selamannya terperangkap kat dalam masalah itu.

Satu. TUNTUTLAH ILMU. Ya. Carilah ilmu, itu pintu bagi masalah kita. Masa tak ada. Itu bukan alasan yang kukuh lagi sekarang. Dunia sekarang lebih terbuka. Tak ada masa untuk ke majlis ilmu. Kini semuanya di depan kita. (Jika ada kesempatan amatlah afdhal ke majlis ilmu.) . Internet ada,siaran TV Al-Hijrah, Raudhah @ TV9, CD2 yang bermanfaat pun ada. Jika tidak, carilah siaran radio yang bermanfaat IKIM.fm. Ya Allah radio yang sangat dekat di hati. Cubalah paksa diri untuk pasang siaran ni di dalam kereta. Memang benar mula-mula rasa kekok. Sebab kita dah biasa dengan siaran yang penuh dengan hiburan. Kadang ada juga rasa malu, takut didengar kawan yang menumpang, nak tunjuk alim ke. Pedulikan la. Ada aku kisah. :P Betul. Cubalah tukar siaran ke IKIM.FM. Paksa diri sekurang-kurangnya 40 hari dari pagi sampai malam. Jangan ubah ke siaran lain. Tengoklah kesannya. Radio yang sarat dengan ilmu agama, penuh dengan zikir-zikir terapi.

Dua.. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat kita, solat di awal waktu. Perbaiki solat kita. Solatlah cara kita berkomunikasi secara langsung dengan Allah. Tak perlu ada orang perantaraan bagi menyampaikan doa kita, bagi memberitahu hajat kita. Hebat bukan. Bagi pasangan berumahtangga. Jika rasa ada yang tak kena dalam hubungan suami isteri dan anak-anak kita. Cuba SOLAT BERJEMAAH. Kalau kita tak pernah buat. Cuba buat, ajak suami solat jadi Imam. Tak tahu, tak berani. Belikan buku. Baca bersama-sama. Bila kita solat bersama, saat itulah kita merasakan manisnya hidup mempunyai nakhoda dalam rumahtangga kita. Suami rukuk, kita rukuk, suami sujud, kita sujud. Taat kita mengikut suami dalam solat, InsyaAllah taat kita dalam melayari bahtera rumahtangga. Kalau kata kita bergaduh pun, bila sampai waktu solat, pasti nak bersalaman semua kan. Inilah saatnya bermaafan sesama kita. Kita dapat merasakan semua ego kita jatuh saat itu.

Tiga... Jaga hubungan sesama manusia. Kita hidup ni berkeluarga,bermasyarakat. Cubalah jaga sebaik mungkin silaturrahim. Allah melaknat orang yang memutuskan silaturrahim. “Apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan memutuskan silaturrahim? Mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan ditulikan telingan mereka serta dibutakan-Nya penglihatan mereka.” (Muhammad: 22-23).Andai kita dilaknat, apakah hati kita akan tenang. Adakah hati kita akan bahagia? Hidup kita bagaimana? Bahagia atau sengsara? Kita ada kuasa untuk mengubah diri kita, doalah selalu lembutkan hati kita. Zikir Ya Latif, doa semoga hati kita dilembutkan,dada kita dilapangkan. Dapat menerima ahli keluarga, sahabat, jiran kita seadanya. Dan aku teringat pesan Prof Dr Muhaya. Jangan asyik fikir nak mengubah orang. Selalu fikir nak ubah diri kita jadi lebih baik. Bila kita berubah jadi positif, InsyaAllah kita akan memberi aura positif bagi bertemu dengan insan-insan yang positif.

Cukup setakat ini 3 perkara yang aku kongsikan buat diri aku sendiri terutamanya dan buat semua. Sama-sama kita fikirkan dan amalkan.

.:: Resepi Puding Roti Pelangi ::.

Salah satu hobi aku adalah memasak dan mencuba resepi baru. Dan resepi tu banyak sumber aku dapat, macam puding pelangi ni dari sorang akak ni Kak Nori, anak jiranku.

Sangat mudah Puding Roti Pelangi ni, tak sampai sejam pun membuatnya. Dan yang penting sedap dan cantik, membangkitkan selera nak makan. Kalau bawak g jamuan ke, pasti ada yang akan minta resepi ni. Dan aku bagi je, nak sorok buat pe. Sharing is caring kan. Seronok bila resepi yang kita bagi tu, derang cuba buat dan jadi. Muka happy tu membahagiakan kita. Betul tak?Oke, so kat sini nak kongsi resepinya. Kredit to : FB: Noriko Sukamoto . Psttt tak rugi korang add FB akak ni. Memang kagum dengan dia, seorang yang tak pernah kedekut ilmu. Pelbagai resepi boleh jumpa kat situ.

Resepi::
Langkah 1:A)5 kpg roti,1tin susu cair,5 sudu susu pkt,2 bj telur,1sd the esen vanilla. B)10g agar2 segera(halalgel x was2 punya),1/2 cwn gula kalau nak manis tmbh. C)1 sudu mentega.

Langkah 2:Blend bhn A dan tapis



Langkah 3:Bhn B)1/2cwn gula dicampur 10g agar2 segera dan 4 cwn air dididihkan kemudian masukkan bhn A.



Langkah 3.Masukkan mentega 1 sudu besar setelah A+B mendidih sekali lagi.



Langkah 4.bahagikan beberapa bhgian.lapisan pertama 3 senduk.lapisan seterusnya 1 senduk.tuang tgh2 sehingga habis. Kemudian tarik dengan lidi, dari tepi ke tengah. Proses tu yang akan menampakkan lorekan yang menarik ni. Last sejukkan dalam peti ais..Nyummy. Nak mendapatkan warna menarik macam ni, cer beli pewarna biru. Memang menarik jadinye.. Selamat Mencuba





Tuesday, January 8, 2013

CONTOH SOALAN EXAM PERINTAH AM


CONTOH SOALAN EXAM PERINTAH AM

…sambungan
InsyaAllah aku cuba share contoh soalan setakat yang aku ingat k. Aku share sebab masa aku nak exam ari tu, bagai nak rak aku google pasal ni. Alhamdulillah ada la jugak jumpa blog n site pasal ni. Tapi tak banyak. So harapnya dapat membantu sikit.
Perintah AM
  1. Takrif “Kerja Siang”
  2. Takrif “Rumah Khas Jabatan” “ Rumah biasa Kerajaan”
  3. Notis berhenti kerja bagi yang dah sah jawatan berapa hari atau brp bulan gaji, bagi yang belum sah jawatan?
  4. Takrif ‘keluarga’ pegawai
  5. Perubatan. Sebab2 Lembaga Perubatan ditubuhkan.
  6. Notis untuk keluar rumah sewa berapa hari
  7. Elaun apa yang boleh dituntut untuk penempatan pertama
  8. Cuti separuh gaji?
  9. Cuti tanpa rekod ?
  10. Buku tunai yang dibetulkan, ditandatangan ringkas oleh siapa
  11. Penyata Pemungut.. Daftar
  12. Cek yang batal, debit kredit dimana. Berapa bulan sah laku cek.
  13. Kerja lebih masa untuk pegawai berjawatan ??
  14. Maklumat dalam agenda mesyuarat
  15. Maklumat dalam surat.
  16. Cuti Haji
  17. Kalau sewa rumah lebih tinggi dari pegawai layak. Perlu bayar mengikut harga pegawai layak.

PKPA
  1. Jenis-jenis “Emel Rasmi”
  2. Sistem Maklumat Q-maklumat penting?
  3. Prinsip utama TQM?
  4. Contoh Slogan kualiti.

EXAM PERINTAH AM


Satu lagi pra syarat bagi penjawat awam untuk sah jawatan iaitu Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Utama Bagi Kump Sokongan (exam perintah Am). Aku baru je sit exam ni minggu lepas. Kawan-kawan satu batch ada yang dah lulus pon. Aku kira lambat sebabnya aku cuti bersalin masa orang lain sibuk apply untuk sit exam. Kes ketinggalan maklumat la ni. Exam ni setahun Cuma dua kali je. Dan pula perlu apply online bagi menduduki exam. So kena selalu tengok laman web kompetensi.jpa.gov.my untuk jadual exam dan juga apply exam. Apply exam pon ada tempoh dan tarikh tutup apply. So kena alert benda-benda tu. Dan juga  2minggu sebelum peperiksaan kena masuk online lagi untuk print slip peperiksaan. Pastikan slip tu lengkap dengan maklumat diri, nama dan IC yang betul, nama dan kod peperiksaan, juga alamat pusat peperiksaan.


Ok. Pastikan pada hari peperiksaan korang pergi ke alamat peperiksaan yang betul. Sebab masa exam ari tu ada sorang kawan tu, pusat peperiksaan dia tulis di kompleks haji tapi dia datang kat situ, kompleks Islam. So hati-hati ye.
Oke. Untuk persediaan, sila baca buku Perintah Am dan Arahan Pentadbiran yang tebal tu dan jupa PKPA. Kena khatam dua-dua buku ni. Tak rugi pun baca sebab semua maklumat dalam tu, kita sebagai penjawat awam perlu tahu. Bosan baca buku yang tebal tu..Arhhh aku jua begitu. Lip lap lip lap mata terbuka tertutup. So aku cari contoh-contoh soalan kat google. Tak banyak sangat membantu. Tapi ada satu blog ni. .Ni link nya: http://mrsfaizal2b.blogspot.com/2010/10/epsa-kuiz-perintah-am.html  Aku sangat berterima kasih Sebab bagi contoh soalan. Aku print soalan yang dia dh bagi jawapan. Then study satu-satu soalan dan satu-satu jawapan dengan merujuk pada buku Perintah Am. Catitkan pada jwpn2 tu maklumat yang penting.Ni lagi 1 link rujukan,tp kena bukak guna Internet Explorer k:: Perintah Am: Praktis Uji Diri


Oh ye, lagi satu untuk tak bosan baca buku tu,dan utk membantu kita masa exam juga. Jangan lupa tag dgn sticky note kat tepi tu, bab2 yang penting. Fuh bukuku penuh dgn warna warni kertas ni. Tapi don’t worry mmg agak membantu.Sgt membantu sebenarnya. Trust me.
Semasa Exam. Jangan lupa bawak SLIP EXAM, KAD PENGENALAN. Datang awal sikit. At least 15minit sebelum exam dah ada dalam dewan. Err aku 10minit sebelum..huhu..Oke, Sebelum angkat tangan mula menulis, angkat tangan, baca doa dulu k. Baru isi maklumat diri pada borang jawapan dengan betul. Jangan tertinggal satu ruang pun. Ingat, baca dan dengar arahan betul-betul. Masa exam ni BOLEH BAWA BUKU RUJUKAN. Nota kecil tak boleh ye. Ada 3buku boleh bawak. Bawaklah sekurangnya dua buku seperti disebut diatas. Aku bawak perintah am je.Ah sangat menyesal tak bawak PKPA. Sebab konpem soalan yang aku tak boleh jawab adalah dari buku PKPA. Masa yang diberi 1jam je. So rancang elok2 penggunaan masa tu. Aku jawab semua soalan dulu tanpa merujuk buku. Mana soalan yang memang tak boleh nak jawab tinggalkan dulu dan BULATKAN pada kertas soalan juga kertas jwpn. Lebih kurang 30-40minit jugak. Lepas tu baru patah balik pada soalan yang dibulatkan dan cari jawapan dalam buku. Perlu pantas ye. Inilah masanya berguna tempat yang kita tanda2 pada tajuk penting tu. Dah habis soalan yang dibulatkan tu. Dalam sepuluh minit terakhir baru semak balik dari soalan 1 sampai 40.


Pastikan semua soalan telah dijawab dan jawapan dipilih insyaAllah yang betul. Fuh memang sejam tu sangat la singkat.
Bersambung…..

EXAM PEMBANTU MAKMAL C17


Salam. Ikutkan dah lama dah cerita pergi exam ni. Dan sekarang baru teringat nak kongsi sedikit cerita dan tips pasal exam ni. Pertama sekali lulus exam ni adalah salah satu syarat sah pelantikan. Jadinya memang la kena beria usaha bagi lulus exam ni. Mula-mula kena apply untuk ambik exam di laman web www.moe.gov.my/sisppa . Tengok jadual,tengok kod dan mohon. Ada dua kertas yang perlu diambil. Satu kertas soalan dalam bentuk objektif, satu lagi kertas dalam bentuk esei. Dulunya kertas 2 ni Amali, sekarang dah takde amali ganti dengan soalan esei pendek, yang pada aku lebih tepat dikatakan soalan dalam bentuk struktur.
Selepas permohonan, dua minggu sebelum peperiksaan, print slip peperiksaan, semak pusat peperiksaan dan pastikan angka giliran juga dicetak jelas.


Preparation. Banyakkan membaca Buku Rujukan Makmal Sains. Serba sikit tau pasal nama-nama radas dan alatan,tugas pembantu makmal, nama bahan-bahan kimia, langkah-langkah keselamatan, penyediaan bahan, peti kecemasan dan eksperimen yang biasa buat contohnya ujian makanan. Ye, itulah serba sikit soalan yang masuk.
Soalan aneka pilihan biasalah nampak mudah tapi jawapannya hampir-hampir sama. Pilih yang tepat.

Soalan Kertas 2 pulak, aduh punya berdebar la sebabnya tak ada sebarang contoh soalan(ini kali pertama exam tukar format,sebelum ni amali), tak dapat nak predict soalan apa yang keluar. Tapi Alhamdulillah soalan agak mudah. Keluar apa yang dibaca. Diberi 8 soalan, pilih 5 soalan untuk dijawab. Yang aku ingat Simbol-simbol bahan kimia, peralatan dalam peti kecemasan, Langkah-langkah semasa menghadapi kebakaran, Jenis-jenis alat pemadam api, Tugas pembantu makmal semasa cuti sekolah, Jenis-jenis asid yang biasa disediakan (larutan meja),labelkan mikroskop. Soalan mikroskop ni memang selalu la keluar kata senior aku, tu yang memang hafal la label n fungsi.


Tips nak lulus takde apa sangat. Baca dan baca dan baca buku rujukan dan juga praktikal semasa buat persediaan dan amali tu la yang akan membantu kita semasa peperiksaan. Selamat Berjaya!

KURSUS INDUKSI KISSM

Entry ni saja dititipkan, kot la ada yang mencari nak dijadikan rujukan. Sebab aku ari tu masa nak g kursus induksi berdebar jugak. Bukan pe sebab ianya salah satu syarat sah jawatan. Menghadiri kursus induksi dengan jayanya. So kena lulus la. Apa yang perlu lulus? Markah lulus dinilai daripada penilaian fasilitator ke atas kita sepanjang kursus. Kalau dulu ada pengucapan awam, sekarang takde Cuma kena aktif la dalam kelas. Lagi bagus kalau boleh offer diri jadi pengerusi majlis ke, jadi penghulu ke. Markah lebih la kat situ. Kedua kerja dalam kumpulan. Seterusnya markah diberi berdasarkan ujian pada akhir kursus. Pada yang nak cuba buat latihan, boleh google ‘contoh soalan induksi’. Ada banyak set soalan, buat je. Soalan memang kebanyakannya lebih kurang sama je. CONTOH SOALAN UJIAN OBJEKTIF INDUKSI

Kursus Induksi ni 3 hari. Kalau dulu lama sampai dua minggu. Tapi sekarang 3hari 2malam je macam aku bertempat di Pangkor Coral Bay Pulau Pangkor. Awal-awal kita dah dapat nota yang diberi dalam bentuk CD. Arahan menyuruh kita print dan baca nota ni,juga bawa ke kursus. Aku ikut arahan le. Tapi masa kat kursus takde disentuh satu bab pon dari nota tu. Ianya lebih pada untuk membantu kita masa jawab soalan ujian nanti. Memandangkan kursus ni singkat jadi masanya amatlah suntuk. Takde masa la nak golek-golek atas katil. Tambah hari kedua tu mmg padat la jadual dari pagi sampai malam, nak salin baju bertukar-tukar fesyen tudung pon xsempat. Oh ya, bagus juga kalau bawak buku tebal Perintah Am dan juga PKPA. Agak membantu terutama masa buat tugasan berkumpulan.

Perkara lain yang perlu dititik beratkan masa induksi. Jangan lupa bawak tanda nama(name tag). Juga gambar sekeping seperti di dalam arahan surat induksi. Jaga disiplin terutama tepati masa. Pakaian adalah pakaian pejabat. Ada satu lagi, duduk menginap di tempat yang telah disediakan. Ha tang tu aku agak tidak disiplin. Selamba bawak suami n anak2, aku ingat asalkan dok hotel yang sama takpe. Rupanya urusetia dapat tau, kena marah. Aku kan jujur g la bagitau sendiri.Hihi.. Tapi aku terpaksa bawak jgk,sbb baby masa tu sangatlah kecik lagi,nyusu badan tak pernah tinggal. Memang risau jugak la digagalkan aku disebabkan ni. Alhamdulillah lulus jugak. Oke. Teringat pulak kalau induksi guru, lain sikit, tugasan diberi sebelum datang induksi, so submit masa induksi tu. Erm,lagi pakaian sukan tak perlu bawak kalau tidak dinyatakan dalam surat, takde riadah pun.

Okelah tu saja coretan citer pasal induksi. Enjoy sepanjang induksi, fokus dan all the best!

Tuesday, December 6, 2011

.::Pengalaman C-Sect kali kedua::.

Alhamdulillah
hari ni dah 31 hari usia Nur Aira Raudhah..
anak kedua mami n dedi ni juga dilahirkan secara pembedahan...
sejak usia kandungan 5 bulan..masa scan, kedudukan bb songsang..
doktor atau nurse yg check semuanya ckp jgn isau nanti pusing..
tapi sehinggalah 34minggu tak pusing juga..jadi pd minggu 36
jumpa doktor pakar di Hospital Seri Manjung..
Bila doktor check rekod lama, masa operate ana 1st Syaza dulu
rupanya masa operate dulu Dr dpt tau.. bentuk rahim aku abnormal..
Uterus Bikornis.. iaitu menyerupai bentuk hati, ada lekuk ditengahnya
cewah..ngada2 rahim pn bentuk love..hah ada la hikmahnye tuh kn..refer gambar2 dibawah tentang pelbagai bentuk rahim yg ada..

mine yg tengah2 tuh..dibulat
kan..
sebab tuh baby tersekat tak boleh pusing..oo alkisahnya...
tak pernah ku tahu pon rahim ada banyak bentuk..
so, Dr akan set tarikh untuk operation..mula 4 nov..
sekali Dedi request 09 Nov..nape? sama ngan birthday mami..
oklah,n Dr pun agree..

Raya Aidiladha 06Nov.. hehe sempat le beraya, tngok korban dlu..
tahun ni kami ada buat korban kat umah ni..seekor lembu..
alhamdulillah, majlis berjalan lancar..
08hb aku admit wad..tuh pon siap hospital call lagi..nape xmasuk lg..
tengahari baru g..ahakzz..selambaaa..
petang tuh, lepas maghrib aku lepak bilik tv..yer la sihat lg kn..
malas nk baring je..sekali nurse suh dok katil la..haha..blk kat
mlm tuh,kul 10mlm dah start puasa..last aku mkn kueytiaw goreng
haihh biasa le..peberet kan..
malam takleh lena la tdo..rasa dh tdo lama, bangun baru kul 2..
hmm.. kul 5pg aku dh bangun, mandi,bersihkn diri, mengaji..n solat subuh..
lps subuh, baju operate pon diberi,aduhh berdebar dah..
pukul 7 Dedi sampai..lega sikit.. bila pk patot aku dh experience..
tak la takut sgt..oh no..tetap takut ye..ms minta maaf kat suami tercinta
biasa la mengalir gak air mata nih..huhu..byk dosa la tuh :P
lepas bsiap tuh, disuruh naik katil n ditolak dh, sebelum tuh
singgah jap, masuk salur kencing..ahhhh ini yg paling xtahan..
sgt xselesa, sakit..n entah tak tau nk ckp..
yg pasti lps tuh resah gelisah..berpeluh2..renyang..
N RASA NAk LARI..bleh gtu..
then ditolak la ke bilik bedah...bius..ahh sakit..tp lebih mudah..jap je..dlu lama..
lps bius.. sedar..cuma xnmpk n xrasa la ditoreh perot tuh..lama kali ni..
aha..kalo dulu xtahan sejukkkk bilik bedah ni..tp ni rs ok ket..

bila dh selesai..bb kuar..dr bg aku tngok.. ohh gurl..alhamdulillah
dr bg kiss..then trus dibawak bb.. then derang inform keadaan bb xstabil..
jantung laju, n x nangis..so perlu dibawa ke unit rawatan rapi kanak2..
xdapat la Dedi terus jmpa bb, n azan..lps dh kuar baru gtau Dedi..
later baru Dedi g jenguk baby n azan iqamahkn..

alhamdulillah secara keseluruhan, rasanya Allah lebih permudahkn kali ni
sakit pon rasanya kurang ket..esoknye aku dh bleh jalan g tengok baby kat atas
ari 4,keluar wad, dah boleh jalan sendiri ke kereta..kalo dlu, naik wheelchair
sminggu pas bsalin, dah boleh jalan dgn betul..bangun pn senang dh
dulu 2minggu baru oke..
3minggu pas bsalin aku dh mandikn baby sndiri..
Alhamdulillah itulah doaku..dimakbulkn..dipermudahkn bersalin n berpantang..

citer berpantang nanti la plak,cewah mcm ada orang nak baca pon..haha..