Thursday, January 17, 2013

.:: Resepi Durian Crepe ::.


Demam DURIAN CREPE semakin beransur reda. Kalau tidak kat FB  itulah post yg asyik orang update kan. Ada yang teringin makan ke. Dah makin kurang la orang jual kan. Sebabnya musim durian pon dah habis. Kot ada pon durian D24, Mousang King dan seumpamanya.So, baik kita buat sendiri kan,pilih durian yang terbaik.

Durian crepe ni aka kuih bantal durian yg specialnya kulit dia tu. Nak sedap kulit tu kena nipis tetapi taknak mudah koyak. Hmmm susah jugak kan. Bagi yang mencari resepi nak mencuba sendiri membuat durian crepe ni. Aku ada resepi yang aku dapat kat internet tapi telah diubahsuai ikut sukahatiku. Kalau resepi sebenar hanya tepung gandum. Tapi aku saja campur beberapa jenis tepung yang dah memang ada kat rumah. 1st time buat memang tak berapa oke mengikut sebulat-bulatnya resepi asal. Then baru la oke. Suamiku la dok bagi semangat, practice make perfect katanya.
So di bawah ni resepinya.

Kulit Crepe
150gm tepung gandum
5 sudu tepung jagung
5 sudu tepung castard
5 sudu tepung ubi
3 biji telur ayam
500ml santan
pewarna kuning
esen vanila
air suku cawan (agak2 kepekatan)
garam sesudu kecil

Semua bahan dimasukkan dalam blender dan kisar hingga sebati. Tapis.
Guna pan yang tak melekat tu dan yang ada pemegang. Senang nak lenggang. Letak minyak sikit gunakan tisu. Ratakan dalam kuali. Letakkan sesenduk kecil dan lenggang. Kulit yang dah siap boleh dilapis-lapis,takkan lekat punya. Gambar di bawah bukan yg aku buat, google nak tunjuk contoh pan tu. Kalau tengok dia lapik2 kulit tu dengan plastik. Tapi resepi ni oke tak melekat. Oke petua kalau kuali yang digunakan tu melekat. gorengkan telur hancur dalam tu.InsyaAllah tak melekat dah. Oke selesai kulitnya.

Inti Durian Crepe
250ml whipping cream

Whipping cream diputar menggunakan mixer sehingga kental. Kental maknanya bila diterbalikkan bekas cream xkan jatuh dah.
Isi durian dilumatkan. Suamiku suka diblend bagi halus terus.

Kemudian kulit crepe diterbalikkan. Bahagian licin di luar. letakkan whipping cream. Lapis kedua isi durian. Kemudian ditutup dengan whipping cream lagi. Lipat segiempat macam bantal. Dah siap. Lipatlah sampai habis.Kemudian simpan dalam peti ais. Dihidang sejuk. Nyummy.

Adik aku, Amy dah buat ikut resepi ni. Alhamdulillah jadi. Ni lah hasilnya.

Wednesday, January 16, 2013

.:: Merawat Hati ::.

Dalam kehidupan yang kita tempuh hari ke hari ni, kita tak dapat mengelak dari rasa sedih, kecewa, hampa, menyesal, marah, dendam. Inilah tanda hati kita sakit. Semua rasa ni kadangkala timbul saat kita berhadapan dengan ujian dan dugaan hidup. Adakala rasa-rasa ini semua kuat. Adakala kurang. Bagi diri aku, saat iman berkurang, jauh dariNya, memang sangat terasa mengapa diri ditimpa ujian begini begitu. Mengapa orang yang kita nampak biasa je, kadang tak ikut pun suruhanNya, hidupnya oke-oke saja. Macam mana kita tahu dia oke. Entah pandangan mata secara luaran sahaja. Hakikatnya hanya Dia yang tahu. Hati yang sakit ini perlu dirawat. Siapa yang perlu merawatnya? Kita sendiri.

Sebagai manusia yang ingin hidup tenang, ingin bahagia, kita cuba cari penyelesaian, jalan keluar bagi sesuatu perkara itu. Bukan hanya memandang sesuatu sebagai masalah semata-mata. Kerana jika kita dah sekat minda kita dari cari jalan keluar, memang kita akan selamannya terperangkap kat dalam masalah itu.

Satu. TUNTUTLAH ILMU. Ya. Carilah ilmu, itu pintu bagi masalah kita. Masa tak ada. Itu bukan alasan yang kukuh lagi sekarang. Dunia sekarang lebih terbuka. Tak ada masa untuk ke majlis ilmu. Kini semuanya di depan kita. (Jika ada kesempatan amatlah afdhal ke majlis ilmu.) . Internet ada,siaran TV Al-Hijrah, Raudhah @ TV9, CD2 yang bermanfaat pun ada. Jika tidak, carilah siaran radio yang bermanfaat IKIM.fm. Ya Allah radio yang sangat dekat di hati. Cubalah paksa diri untuk pasang siaran ni di dalam kereta. Memang benar mula-mula rasa kekok. Sebab kita dah biasa dengan siaran yang penuh dengan hiburan. Kadang ada juga rasa malu, takut didengar kawan yang menumpang, nak tunjuk alim ke. Pedulikan la. Ada aku kisah. :P Betul. Cubalah tukar siaran ke IKIM.FM. Paksa diri sekurang-kurangnya 40 hari dari pagi sampai malam. Jangan ubah ke siaran lain. Tengoklah kesannya. Radio yang sarat dengan ilmu agama, penuh dengan zikir-zikir terapi.

Dua.. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat kita, solat di awal waktu. Perbaiki solat kita. Solatlah cara kita berkomunikasi secara langsung dengan Allah. Tak perlu ada orang perantaraan bagi menyampaikan doa kita, bagi memberitahu hajat kita. Hebat bukan. Bagi pasangan berumahtangga. Jika rasa ada yang tak kena dalam hubungan suami isteri dan anak-anak kita. Cuba SOLAT BERJEMAAH. Kalau kita tak pernah buat. Cuba buat, ajak suami solat jadi Imam. Tak tahu, tak berani. Belikan buku. Baca bersama-sama. Bila kita solat bersama, saat itulah kita merasakan manisnya hidup mempunyai nakhoda dalam rumahtangga kita. Suami rukuk, kita rukuk, suami sujud, kita sujud. Taat kita mengikut suami dalam solat, InsyaAllah taat kita dalam melayari bahtera rumahtangga. Kalau kata kita bergaduh pun, bila sampai waktu solat, pasti nak bersalaman semua kan. Inilah saatnya bermaafan sesama kita. Kita dapat merasakan semua ego kita jatuh saat itu.

Tiga... Jaga hubungan sesama manusia. Kita hidup ni berkeluarga,bermasyarakat. Cubalah jaga sebaik mungkin silaturrahim. Allah melaknat orang yang memutuskan silaturrahim. “Apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan memutuskan silaturrahim? Mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan ditulikan telingan mereka serta dibutakan-Nya penglihatan mereka.” (Muhammad: 22-23).Andai kita dilaknat, apakah hati kita akan tenang. Adakah hati kita akan bahagia? Hidup kita bagaimana? Bahagia atau sengsara? Kita ada kuasa untuk mengubah diri kita, doalah selalu lembutkan hati kita. Zikir Ya Latif, doa semoga hati kita dilembutkan,dada kita dilapangkan. Dapat menerima ahli keluarga, sahabat, jiran kita seadanya. Dan aku teringat pesan Prof Dr Muhaya. Jangan asyik fikir nak mengubah orang. Selalu fikir nak ubah diri kita jadi lebih baik. Bila kita berubah jadi positif, InsyaAllah kita akan memberi aura positif bagi bertemu dengan insan-insan yang positif.

Cukup setakat ini 3 perkara yang aku kongsikan buat diri aku sendiri terutamanya dan buat semua. Sama-sama kita fikirkan dan amalkan.

.:: Resepi Puding Roti Pelangi ::.

Salah satu hobi aku adalah memasak dan mencuba resepi baru. Dan resepi tu banyak sumber aku dapat, macam puding pelangi ni dari sorang akak ni Kak Nori, anak jiranku.

Sangat mudah Puding Roti Pelangi ni, tak sampai sejam pun membuatnya. Dan yang penting sedap dan cantik, membangkitkan selera nak makan. Kalau bawak g jamuan ke, pasti ada yang akan minta resepi ni. Dan aku bagi je, nak sorok buat pe. Sharing is caring kan. Seronok bila resepi yang kita bagi tu, derang cuba buat dan jadi. Muka happy tu membahagiakan kita. Betul tak?Oke, so kat sini nak kongsi resepinya. Kredit to : FB: Noriko Sukamoto . Psttt tak rugi korang add FB akak ni. Memang kagum dengan dia, seorang yang tak pernah kedekut ilmu. Pelbagai resepi boleh jumpa kat situ.

Resepi::
Langkah 1:A)5 kpg roti,1tin susu cair,5 sudu susu pkt,2 bj telur,1sd the esen vanilla. B)10g agar2 segera(halalgel x was2 punya),1/2 cwn gula kalau nak manis tmbh. C)1 sudu mentega.

Langkah 2:Blend bhn A dan tapis



Langkah 3:Bhn B)1/2cwn gula dicampur 10g agar2 segera dan 4 cwn air dididihkan kemudian masukkan bhn A.



Langkah 3.Masukkan mentega 1 sudu besar setelah A+B mendidih sekali lagi.



Langkah 4.bahagikan beberapa bhgian.lapisan pertama 3 senduk.lapisan seterusnya 1 senduk.tuang tgh2 sehingga habis. Kemudian tarik dengan lidi, dari tepi ke tengah. Proses tu yang akan menampakkan lorekan yang menarik ni. Last sejukkan dalam peti ais..Nyummy. Nak mendapatkan warna menarik macam ni, cer beli pewarna biru. Memang menarik jadinye.. Selamat Mencuba