Friday, June 3, 2011

.::Pengalaman Temuduga Pembantu Makmal SPP::.


salam all,
aku dah pergi interview smlm kat ipoh.
My turn pukul 11,aku sampai 10.30,tapi masuk bilik temuduga kul 1pm.
1st,sign kedatangan, then tunggu panggil untuk semakan salinan fotostat dan original.so sebelum kna panggil eloklah susunkan salinan btul2 & folder original tuh susun siap2 tmasuklah IC original dlm folder.....(aku dh susun kat rumah lagi)
ikot susunan dokumen yg diminta di dalam surat tawaran tu.
So masa diminta tu, serahkan borang yg telah LENGKAP diisi ye.
Salinan sijil & folder yg telah disiap susun jgn berterabur.
Masa encik tu check,kat situ pon dia dah bagi markah.Itu yg aku nmpk.

Temuduga bjalan dalam bentuk group,1 group 5 orang calon.
Ada dua bilik temuduga.Aku kena bilik no. 2. Soalan yg ditanya
1)Kenalkan diri; nama,umur,status pkahwinan,latarbelakang keluarga,kelayakan akademik,pengalaman kerja;ikot struktur ni jgn berterabur
2)Cerita kelebihan diri. Promote yourself (p/s: jgn citer common mcm tepati masa,bdisiplin,rajin..xnak jawapan buku katanya..)
3) Cerita pasal isu semasa. Seorang satu isu. Cerita,huraikan dan komen psl isu.
4) Soalan dari penemuduga no 2.Cikgu sains
1)calon 1-puan penemuduga tunjuk air dlm bekas. Terangkan sifat air
2)calon 2(aku)-terangkan tugas pembantu makmal semasa cuti sekolah
3)calon 3-fotosintesis
4)calon 4-global warming,pemanasan global

kami group pukul 11 tp last masuk sblm sesi kul start.Pukul 1 dh masa masuk tuh.Agaknye sbb tuh xde soalan pengetahuan am.Nama menteri n lain2 aku hafal satu pon xkuar,haha.Mcm group sblm tuh keluar jek merungut kat kami ckp susah gila.Tanya pasal parlimen,fungsi parlimen, huhuh..Ahli group aku dh mula nervous dh.hehe...So rasanya eloklah baca pengetahuan am,walaupon tak ditanya sekurangnya bila kita tau,kurang la nervous tuh.Ape pengetahuan am?sila cek post sebelum ni.contoh yg pernah ditanya..

lain2 hal,
aku rasa ramai lagi tak tau penampilan masa temuduga
ada yg pakai sandal,high heel tbukak depan & wedges pon ada.
tudung pusing2 yg style skang pon byk..dengan mekap tebalnye.
dah macam fashion show dh
bukan nak mengata,tp penemuduga pon ada tegur
katanya calon yg dtg xbersedia fizikal mental.
tak tahu datang untuk apa,harap SPM straight A.
tapi cara berfikir tak mcm result.
aku amik sbg pengajaran buat diri sndirik.

aku dah lepas, tapinya tak tau la kan,ramai..So berbalik pd rezki.
Aku dah usaha yg terbaik,selebihnya serahkan pd Allah.
Jika itu terbaik,pasti ada rezki,jika tak..takdelah..