Esok insyaAllah ari pertama dedi lapor diri
tempat kerja baru, kembali ke kl sana
perasaan?
alhamdulillah, itu rezki,peluang yg Allah nak bg
jauh,memang jauh..sedih memang sedih
nanti tak boleh salam hari2, tak boleh peluk hari2,
jarang la dpt solat jemaah sama2..
xleh dah mintak tlg dedi bancuhkan susu tgh mlm..
xde org nak layan selera aku bila nk lunch t..ah sedih
nasib baik dah nak Ramadhan kan..
ah lagi sedih tak dapat puasa sama2..sabo2..hehe
Syaza pon sama mesti terasa kan
masa dedi jauh dulu, dia kecik g,xtau tanya
tapi now pagi2 dah pandai tanya, "dedi ane?"
"dedi keja syg"
minggu depan minggu baru tanpa dedi di rumah
hanya hujung minggu,insyaAllah
aku percaya tiap sesuatu ada hikmahnya
insyaAllah,biar berjauhan jasad tapi hati tetap bsatu..
tiap kali solat aku xlupa doa,
"Ya Allah perkukuhkanlah kasih sayang antara kami sekeluarga"
harap lepas ni walau jauh tp kasih sayang kami tetap kukuh
tetap utuh..tak ada bezanya..
InsyaAllah, aku memang bercadang nak ikot suami
mungkin selepas raya, perancangannya lah..
taknaklah berjauhan lama-lama kan
berjauhan mungkin ada baiknya, tapi terlalu banyak cabarannya
tak takut benti keja?bg aku rezki di mana2
asal kita yakin dgn janjiNya..maybe sementara tak keja aku
boleh concentrate dgn anak2..mungkin itu yg terbaik..
we'll see