Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia adalah merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh pengguna di bawah Akta Perlindungan Pengguna, 1999 tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut.
Sebelum ni, aku pernah dengar kat TV je tentang adanya satu badan yang kita ni sebagai pengguna boleh pergi bagi merujuk tentang hak kita sebagai pengguna. Badan ni adalah satu unit di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan. Pernah dengar tapi tak pernah ambik tau.
Aku ada satu kes yang hendak dikongsikan. Kes aku sendiri. Perkongsian sebagai panduan sekiranya terjadi kes yang serupa atau hampir serupa dengan apa yang aku alami. Perkara pertama yang kita perlu tahu adalah hak kita sebagai pengguna.
credit to: pengguna rakyat
Oke. Ceritanya dah lama juga, tapi baru ni teringat nak share. Tahun lepas suamiku ada membeli sebuah TV LCD 42" jenama **** di sebuah hypermarket yang namanya dirahsiakan. Kami beli hari Ahad. Kemudian Ahad berikutnya,iaitu seminggu lepas tu tiba-tiba keluar satu line warna kelabu sebesar dua tapak tangan dari atas sampai bawah. Terkejut la kami, Tv baru sangat beli jadi macam tu. Kami try call pengilang jenama ****, tak angkat sebab hari Ahad kan. So suami suruh aku call esok. Sebab macam biasa subuh esoknya dia dah balik ke KL kerja. So esok paginya, aku call ****, centre suruh call cawangan Ipoh. Aku pon call la. Sekali katanya technician takde, kemudian technician call balik, selepas aku ceritakan semuanya, katanya dia tak boleh datang minggu ni, mungkin minggu depan. Dan katanya dia akan datang check, kemungkinan kena tukar panel yang akan diorder dulu sebab stok takde. Aku dengar macam tu, tak syok betul rasa. Aku pikir, baik aku pegi refer hypermarket tu balik, sebab pendapat aku sebagai penjual dia juga punya tanggungjawab. Aku terus pergi ke sana rujuk pada bahagian Customer Service. Aku pun menceritakan kekecewaan aku pada produk yang aku beli dari diorang, rasa macam beli barang 2ndhand Aku mintak diorang gantikan yang baru. Jawapan yang diterima daripada Technician bahagian Elektrikal agak mengecewakan: "Kami jual je, apa-apa rujuk pembekal". Bagi aku itu adalah jawapan paling teruk,paling tidak bertanggungjawab. Aku call **** balik, aku mintak gantikan yang baru, diorang juga berkeras. Dan akhirnya, aku terfikir untuk ke Tribunal Pengguna. Selepas call ****, aku terus dial 103 untuk dapatkan nombor TTPM Ipoh.
Dari maklumat yang diterima, aku boleh failkan tuntutan dan proses untuk pendengaran kes lebih kurang sebulan. Caranya pergi ke cawangan terdekat, isi borang. Sebenarnya download pon boleh. Tapi aku puas lagi buat secara manual. Aku pergi TTPM cawangan Manjung. Aku bertanya lebih lanjut, walaupun jawapan agak tidak meyakinkan bila aku tanya agak-agak kes macam aku ni aku boleh menang ke. Katanya "tak berani nak cakap, nak cuba bolehlah. Isi borang." Bila tanya berapa lama proses, katanya lebih kurang 3bulan. Oh pulak..hihi.. Tak mengapalah aku cuba jugaklah. Aku yang menguruskan semuanya sebab suami aku jauh kan. Nasib baik documentation semua complete. Kita yang memfailkan kes dinamakan sebagai Pihak Menuntut. Pihak yang dituntut dinamakan sebagai Pihak Penentang. Satu persoalan, aku nak jadikan sape Pihak Penentang samada pengilang atau penjual. Aku pilih penjual sebab aku rasa telah ditipu dengan penjual menjual barangan tidak berkualiti. Kata pegawai TTPM di kaunter tu, kalau kalah kes boleh failkan pada pengilang pulak. Hmmm takpe..
So stepnya:: Isi Borang 1 sebanyak 3salinan > lampirkan sekali bukti pembelian dan yg berkaitan seperti Warranty Card> Ceritakan semuanya dari awal sampai akhir > Aku taip panjang berjela, skrip jawapan dari penjual semua masuk > hantar ke TTPM(bayar RM5 je untuk prosesan) > diorang akan cop dan kita perlu hantar 1salinan kepada penjual. Penjual perlu cop penerimaan borang tersebut > Penjual perlu jawab tuntutan dan hantar kembali kepada TTPM.
Details refer: TTPM
Cerita masa hantar borang by hand. Sebenarnya boleh je hantar by pos daftar ke, tapi aku hantar by hand. Puas hati. Aku hantar kat Customer Service, terus dia panggil Pengurus bahagian. Encik tu jumpa aku, aku pun bagitau dia tentang cerita aku. Sekali katanya, "tu la masalah kita, pembekal ni masalah, kita memang tak boleh buat apa, tak ngapalah BAGUS PUAN nak buat aduan ni, puan hantar je ke tribunal." Aku jawab, "takpe saya dah hantar tribunal, ni salinan untuk pihak encik." TERKEDU dia mendengarnya. Dia ingat aku nak gertak je. Aku pun mintak dia sign terima dan terus blah.
Suami aku pulak mainkan peranan, gunakan medium FB. Dia sound dekat page pengilang jenama **** dan Penjual. Kat FB terus respond mintak details. Dan Esoknya suami dapat call dari hypermarket tu dari yang cawangan sini dan dari KL juga. Wah..cepat kan. Dan hari berikutnya dapat call dari hypermarket, suruh tarik kes dan mereka offer gantikan unit yang baru. Tak payah pergi ambil. Diorang akan hantar terus ke rumah dan pasangkan. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Seterusnya aku call TTPM bagitau tindakan hypermarket tu, dan aku dikehendaki buat surat tarik tuntutan.
So, begitulah serba sedikit info dan cerita yang aku nak kongsi kat sini. Kesimpulannya, kita ada hak sebagai pengguna. Gunakan saluran yang ada sekiranya merasakan hak kita dicabul. Walaupon ada yang sound, "tu la sapa suruh beli hypermarket. Diorang memang takkan ganti punya. Diorang dah jual harga murah,so tanggung la risikonya" Aku pedulikan je kata-kata ni, sebab bagi aku adakah kerana murah berapa ringgit tu diorang ada hak untuk menjual barang rosak takde kualiti. Lawan tetap lawan. Biar Allah yang tentukan.