Thursday, April 14, 2011

.::Ribena Halal atau Haram::.

Isu ribena halal atau haram dah lama dah sebenarnya.
Banyak kali juga isu ni timbul. Tapi aku cuma pegang 1.
Pengiktirafan halal dari Jakim. Setiap kali terima berita
satu2 produk itu halal or haram, habit aku adalah
aku akan lihat atau periksa di direktori halal jakim
http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=directory&type=A&hits=NEW
kat sini kita boleh taip apa-apa saja produk yang kita nak tahu
samada nama produk ataupun nama syarikat..
termasuklah rumah sembelihan,maksudnya kedai untuk beli ayam
aku check kat sinilah untuk kepastian..
MENCARI YANG HALAL itu kan fardhu.

So back to da topic.
Ada satu fb ni namanya
Makanan & Minuman Yang Dicemari Kesucian Untuk umat Islam
so, dikeluarkan pengumuman ribena haram..
aku pon bertanya lah lebih lanjut, betul ke
kenapa pulak bercanggah dengan kenyataan JAKIM
aku sertakan link sekali..
bukan mau mempertikai tapi demi nak cari kebenaran
kalau betul haram tak betullah jakim keluarkan logo tuh
sedangkan orang ramai berpegang pd pengiktirafan badan itu.
agaknya banyak sangat aku komen, didelete nya komen aku
dan remove aku dari list..maybe ban trus la kan..
sebab lepas tuh aku like balik still tak boleh comment..

profesional ke kalau macam tuh..
zaman sekarang semua nak suruh kita angguk-angguk je ye
salah ke kita bertanya nakkan kepastian..
halal haram bukan menda mainan..
aku pon search je la maklumat kat jakim n
aku tetap berpegang pd ape yg derang akui..
kalau mmg benar adalah sebaliknya..
so atas tanggungan mereka la kan..

aku takde le rajin sgt minum or bagi anak minum ribena..
sebab manis kan tak elok utk kesihatan..tapi
bila timbul isu ni..tak kira lah..
kena juga ambil tahu..kalau betul haram perlu dijauhkan
betul tak..
cuma moral of da story..
1. jangan main2 dgn halal haram, carik yang halal itu wajib
2. jangan terus percaya kalau disebarkan tentang sesuatu yg belum pasti
3. siasat sesuatu dakwaan, kadangkala ianya isu lama sebelum ada tindakan seterusnya..
maksudnya pengesahan selepas dakwaan tu
4. jangan sebar2kan sesuatu yg tak pasti yg pastinya boleh kelirukan orang lain..
.
.
.
.::wallahualam::.

Wednesday, April 13, 2011

.::Selamat Hari Lahir Suamiku::.

13 April 2011- 13 April 1977 = 34 tahun
Yes..Alhamdulillah, suamiku Muhamad Rosdi Bin Ismail
dah merasai nikmat usia selama 34 tahun..
terima kasih ibu mertuaku..melahirkan suamiku ini..
yang baik ati, penyayang, RINGAN tulang &bertanggungjawab..
aku doakan moga abg panjang umur,diberkati usia, dimurahkan rezki
dan bahagia dunia akhirat
-------------------------------------------------------------------------
okey..nih aku tetiba terpikir,actually bukan tiba-tiba la
sebab sejak isu ni diwar-warkan kat media massa
agak mengganggu kepala otak aku
sebab aku memang peminatnya..tambah kalo buh kicap..erkk
pasal ape? TELUR
korang caya ke pasal telur tiruan tuh takde kat pasaran Malaysia ni
apasal la aku nih..
dah la akhir2 ni tak lalu makan
dengar pulak isu tuh lagi la, aku telur pon tak lalu makan dah
bau pon aku dah nak muntah..adehh..
dari minggu lepas xbuat pon telur utk syaza..adehh..
haha aku memang habit gitu..
dulu isu patin diberi makan organ babi kat tronoh.. ingat x..
haha memang lama le xpekena patin peberetku itu..
haihhh....


Tuesday, April 12, 2011

.::Mabuk oh Mabuk::.


buwekkk..
Alhamdulillah...dah 8minggu kandungan aku ni
mabuk mabuk..uwek2..ada dalam 2minggu rasanya..
tak tau nak kata teruk ke idak..sebab aku rasa ada yang lagi teruk..
morning sickness ke nama mabuk ni..tapi aku pagi sampai malam..
tekak ni taktau le rasa ape..meloya aje..
biasa sampai malam le muntahnye..
nasi putih entah berapa ari ye tak makan..
kadang lunch dengan buah2 je..tak pun roti
tak pun coklat..aiskrim..hehe..
aku try n error jek..kalo tak boleh tuh
means masuk jek mesti nak muntah kan..

nak masak sekarang memang tak lalu..
sori la suamiku..huhu..bekfes dah lama tak masak
kalo balik pulak..ada bau orang masak..
memang aku dok bilik je lah..
n now kalo pagi or lunch nak keluar makan kat kedai pon
masalah la jugak..sebab baru nak masuk kedai..
aku dah bau macam2..so patah balik..
memang nak muntah bau-bau itu semua..
tapi aku rasa ini pon aku control..
kalau rasa nak muntah..aku control mind aku..
alihkan perhatian ke menda lain..
hahaha kekonon la ini mainan minda jek..
tapi hakikatnya perubahan hormon semasa
mengandung ni..korang memang tak dapat
nak elak la dari alahan2 ni..

haha..n bau suami..haha.ni pon kelakar gak..
erkk boleh tak g mandi..akeheinye suami baru je mandi
hahaha tak baik tau..tapi aku ingat kata ustazah nor bahyah..
kena kawal sikit kelakuan kita masa mengandung..
bab2 mengidam pon..jangan keterlaluan sgt..
so now aku sedang belajar mengawal..
tutur kata.. tingkah laku..semua le..heheh..

oh ye g satu tabiat aku masa mengandung ni..
zzzZZzzzzzz..memang nak tido aje kejanye..
kemalasan tahap gaban..dah berapa kali
kat opis ni asal kul 11-12tengahari..lepak belakang
tido sampai kul 2..nasib baik bos memahami..
plus keja sekarang tak banyak sangat..
hmmm arap2 alahan ni tak lama..

syaza masih lagi menyusu..kadang rasa letih sikit la..
tapi setakat ni aku rasa oke lagi..so takpelah..
cuma aku baca dah sarat nanti kena stop kan bf..sedih..
takut rahim mengecut + kontraksi happen..
bertahannn...
surah Maryam..penyejuk hati..penawar duka aku..
InsyaAllah tabahlah hati tempuh semua ni..