Tuesday, March 31, 2009

Dh abih trimester pertama




Minggu pertama - 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.


Minggu ke-2 - Blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.


Minggu ke-3 - Saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih (sel) daripada organ badan yang akan bergabung.


Minggu ke-4 - Janin sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci (6 mm = sebesar biji tembikai). Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).


Minggu ke-5 - Embrio akan terus membesar. Terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.


Minggu ke-6 - Sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.


Minggu ke-7 - Pembentukan bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair (air ketuban atau amnotic sac) yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.


Minggu ke-8 - Rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.


Minggu ke-9 รข€“ Saiz bayi ketika ini hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).


Minggu ke-10 - Bayi sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.


Minggu ke-11 - Bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.


Minggu ke-12 - Usia kehamilan masuk 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas. Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm. Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi sudah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.


Minggu ke-13 - Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini ibu mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik.( Banyakkan meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari)


Minggu ke-14 - Degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. ( Elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar berada dalam keadaan yang selesa)


Minggu ke-15 - Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi juga sudah boleh menelan. Ibu akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat. ( Banyakkan senaman ringkas atau lakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina menjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.)


Minggu ke-16 - Kehamilan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.


..........................


alhamdulillah...dh masuk minggu ke 13..13 minggu 4 ari..cepatnya masa berlalu.. Alhamdulillah... smoga semuanya berjalan lancar.. mami tunggu baby k.. :)

Wednesday, March 18, 2009

Takut Kahwin?


Ape punya tajuk daaa...huhu
Ekceli bila sembang ngan kawan aku tadi
terpikir gak..tajuk neh.. TAKUT KAHWIN...
Aku rasa hampir semua orang ada rasa ini..
TAK BERSEDIA LAGI UNTUK KAHWIN..
untuk langkah ke alam baru

ye..aku dulu ada merasai menda yang sama..
selalu bertanya pada diri...
bersediakah aku...aku juga penah tanya bakal suami aku dlu
yg skang suami aku la..betul ke apa yang kita buat ni..
nak kawin ni..dah betul2 sedia ke..

perasaan ragu-ragu tuh akan ada..
macam mana kita atasi tuh yang penting..
kena tengok apa sebenarnya yang kita takut..

takut dengan komitmen?
sampai bila taknak komitmen?kalo ianya lebih membahagiakan
kan lebih baik...

takut lepas ni xbebas lagi cam bujang2 dolu?
hmmm ye la aku pon baru g..tp tah rasa best jek..bebas gak
bebas ke sana kemari ngn suami..haha.. contoh kan.. dolu mana bleh nk
kuar tngok midnite ngn dia..mak aku bising t..
tp skang..selamba.."mak nak kuar tngok wayang.." haha..
balik tgh mlm pon mak xbising..haha

takut bahagia hanya seketika..?
kata org sblm kawin len..lps kawin len ..hmm yeke??
hmmm...pd aku tuh semua kita n pasangan kita yg mencoraknya..
kita yg kna warna warnikan hubungan kita..pe salahnya..sebelum kawin len
selepas kawin len..tapi lain yang ke arah yg lebih baik..
contoh simple la..masa bercinta dlu..xpenah lak dia bukakkan pintu keta kat aku
tp lepas kawin ni rajin lak..huhu..

takut dengar cerita keretakan rumahtangga org?
helo..kalo kita asyik takut dengar cter org eksiden
kat jalan raya tuh..alamat xkuar umah la kita...mmg kita
akan terpengaruh sikit sebanyak..tambah bila yg dh jd dpn mata..
teman baik..or keluarga..tp kena yakin kita masing2 ada takdir sendiri..

takut kehilangan dia?
(jodoh,ajal maut di tangan Tuhan)
yer..aku ngaku aku penah takut yg ni... sampai skang..
tapi siapalah kita untuk mengatur semua...
kita merancang, Dia juga merancang..perancangan Dia adalah yg terbaik..
suami kita hanyalah pinjaman semata-mata..
bila2 masa Dia bleh tarik dari kita.. kita cuma mampu buat yg terbaik n doa
ye aku cuba pegang itu.. insyaAllah

kesimpulan...tak perlu kita takut dengan menda yang tak pasti...
percaya pada kata hati...n selalulah berdoa moga pilihan kita adalah yg diredhaiNya..

Thursday, March 12, 2009

11 minggu sudah...hek

Lama ke aku tak update blog neh.
Kemalasan melanda.Eh tak baik malas-malas tau mami.
Kena rajin-rajin.Hehehe.

Hari ni usia kandunganku masuk 11 minggu.
Alhamdulillah alah tadek teruk sgt dah.
Muntah sikit-sikit tu biasa la kan.
Aku rasa aku dikira bernasib baik, ada aku dengar
sampaikan xlalu nak bangun pagi. Takleh tengok matahari.
Hu..kesian kan.


Aku banyak study jugak semenjak disahkan hamil tempohari.
Aku dapatkan melalui bahan bacaan, majalah Mami & Baby,
and beberapa sumber lain la..selain dr rujukan pada mak n makcik2 aku.
Memandangkan kehamilan aku kali ni,
ada sikit masalah, ovarian cyst..jadi aku menjadi sorang yang lebih
berhati-hati.. Kalau bleh taknak jadi apa-apa pada kandungan ni.. :)


bahaya ke sakit ni..dari pembacaaan aku dan apa yang doktor bgtau,
sekiranya cyst yg berada di ovari kiri aku ni tak membesar,
ernm last cek up 4cm x 3cm, kalo tak membesar,
insyaAllah smuanya akan oke... aku tanya doktor,
"ada kemungkinan kan doktor utk cyst ni mengecut"

"ye boleh tapi tak semua kes ia mengecut."

mungkin doktor taknak berjanji apa-apa,
taknak aku berharap sgt..
yang nyata aku memang berharap..hehe..
minggu dpn scan lg kat hospital manjung
arapnya tak membesar lg la kan..

"kalo membesar cane dok"

"kalo membesar, akan bahayakan baby..ia akan ambil tmpt baby"
"so, kita terpaksa operate buang cyst tu"
"erkkk..oke...besar mane yg biasanya menyebabkn kna operate?"

"kita tngok, maybe dlm 5 ke 6 cm. tp kalo nak operation pon, kna tunggu
kandungan 16 or 18minggu,sekarang u xstabil lg"

aku diam jek..kebanyakan fakta tuh aku dah baca, tp aku tnya jugak
pada doktor pakar O&G hospital manjung tuh,
yer la..at least aku lebih clear kan..


takut?hei aku manusia biasa, memang la..tp sebenarnya lebih
pada risau, risau keadaan ni akan bahayakan kandungan aku..
takpelah..aku berdoa semoga Allah pelihara kandungan aku ni..
moga cyst ni kecut n bagi ruang untuk baby membesar dengan sihat..
amin..
ngeee...ngidam le plak...
aku tingin
1. Bihun goreng mak..ermm dh dpt minggu lps..
2, Mi wantan goreng yg kat dpn klinik kesihatan silibin ipoh tuh..ah sdapnyeeee..bla nk g tah
2. NASI BERIYANI GAM PUTRAJAYA.... uwaaaaa sedaaaapppp..erkk bkn nk byk.. ckit jek.. nak nasi jek bleh ke ekk..ayam tamo..ahaha

bak kata kwn aku kay, jauh2 le plak menda2 yg aku tingin neh..haha..tah kan
ngengada tul aku neh..huk huk..

Wednesday, February 25, 2009

layan TAG

Layan..tag2..dr si Jen neh..huh

TAG 1

7 Ciri Lelaki Idaman Saya
1.comel..cam myHeart
2.ensem...cam myHeart(sukati la kalo org xagree hubby aku ensem ke tak..bg aku ensem gak..muahaha)
3.baik..cam myHeart
4.caring..cam myHeart
5.pemurah..cam myHeart
6.rajin..cam myHeart ..bab nih memang..m.cik blkg umah aku pon ckp.. bla kenduri..abih smua keja dia nk wat..haha..
7.pandai baca isi hati aku..of cos myHeart..

7 Lelaki Yang Pernah Saya Minati
tetttttt..xleh jwb soklan nih..sbb aku dh lupakan smuanya
sjak aku trima lamaran dia utk jadi isterinya..
n dlm ati aku skang..hanya ada dia.. myHeart

7 Perasaan Sekiranya Keluar Dengan Orang Yang Diminati
1.sukanyaa....
2.erkkk nk smbg pe t..
3.kalo dia tnya nk mkn pe..nk jwb pe..pk2..sbb aku ni slow bab memilih ni
4.teruja la sangat...best la dpt spend time ngan dia..
5.awal2 dh pk..nak ajak dia g mana lg...haha
6.sgt apreciate masa yg dia luangkn tuh..
7.dolu2..kdg gelabah la jgk kan..huhu..skang..dh lekss dh..hek

7 Tempat Istimewa Yang Ingin Dilawati Bersama Orang Yang Tersayang
Ingin dilawati..hmmmm
1.kalo ada rezki..tinginnya ke Tanah Suci dgn myHeart
2.nak g Cameron lg..sbb masa cintan cintun dlu g sana..tp ramai2 la..kali ni nk g berdua lak..
3.nak g Bandung.
4.nak g Genting g..nak g Smoke House tuh..pekena kambing yg sdap tuh..heh
5.nak g pulau perhentian..
6.nak g ahhhhh xkisah la..asalkan dpt bersama myHeart..

7 Barangan/Sesuatu Istimewa Yang Mungkin Dihadiahkan Buat Orang Tersayang
1.Ermm hasil tgn..kreativiti sndirik..hmm tp xpenah kesempatan nk wat g
2.Hasil tgn gak..masakan yg dia suka..ala xsempat masakkan mi kari yg dia suka tuh..
3.adiahkan ati sy bleh..hahaahh
4. InsyaAllah.nk adiahkan dia cahayamata neh..huhu..udahla..byk le 7

7 Lagu Yang Anda Nyanyikan Untuk Orang Tersayang
1. Kaulah Segalanya-Ruth
2. Hanyalah Satu-Nora
3. MyHeart
4. How Do I Live
5. Without You
6. Mencintaimu-Kris Dayanti
7. Do ..do do do...(erkkk lagu bila nk tdokan dia..haha)
oppsss ampir terlupa.. Ayat2 Cinta by Rossa yg sdg berkumandang dlm blog aku ni
aku nyanyikn utk dia n dia nyanyikan utk aku, "kasih bkn sekadar cinta"

7 Perkara Tentang Orang Yang TAG Anda
1.aku panggey dia Jen
2.dak asamboi..
3.jupe masa g teluk batik..asamboi nye xtvt
4.sgt UNIK oke..
5.Pandai menulis..yup..full of idea oke..xcaya g blog dia..eh view profile skali
byk g blognya..ngeee
6.Fasih ckp melayu ekk dak ni..sampai wat aku konpius mmula dlu..haha
7.tgh hepi ngan kekasih ati..huhu

TAG 2
1. Godek PC anda dan ambil foto diri anda yang paling latest dan yang paling CUTE.
2. Jangan ubah, edit aper2.
3. Post foto itu.
4. Letak arahan ini bersama foto.
ayooo..gambo latest..erkkk last..masa aku g honeymoon lor..bleh ka..haha..cute ..muahaha



5. Tag 7 orang.
erkkk tamo..haha
ahhhh letih...lama gila aku xjwb tag2 neh..urghh JENNNNN...

Tuesday, February 17, 2009

Be hepi..


Hmm pepagi td chat dgn kak ct..
kwn keja aku dlu..
hehe..byk petua le dia bg
utk lalui saat2 peknen nih..

satu yang paling aku ingat
dia pesan..kena banyak senyum...
be hepi..jgn masam2..jgn isau2..
jangan sedih2..tensen2..
ye btui...

aku lately rasa cam murung sket la..
isau kot..selagi baby x 3bln kan..
tmbhn lak bdn xsdap..
mkn pon xlalu kn..muntah jek.huhu..
ermmm tp xpe..sabo..kuat utk baby k..

so mulai saat ni..
aku akn be hepi..
yup..sepatutnya pon aku ceria kan
pikir yang baik2 ja..
doakan yang terbaik selalu..
untuk baby..insyaAllah..
yup..mummy'll be strong for u..
kita fight together k sayang...

n katanya lg.. banyakkn baca quran..
k.ct dlu baca ayat n tafsir skali..
ermm thats why la terang ati anaknya tuh..

kak ct pesan g..
jaga mkn..jgn wat keja berat..
ehe..pesanan biasa kn..
then katanya..kna tngok gambo cantik2
comel2...cam dia dlu..suka tngok cter korea
patot le muka anak dia comel2 sepet gtu..
gelagatnya plak cam sinchan..so comel ammar..



ermmm jom tngok gambo cantik2..comel2..huhu
dpt kembar gni pon best ekk..haha

Saturday, February 14, 2009

Kerisauan Melanda

Hati aku tengah risau sekarang ni...
Happy memang happy...
siapa yang tak happy dengan kehadiran
seseorang yang bakal menyerikan hidup
kita sebagai suami isteri..
bak kata seorang teman aku..
'akan lengkaplah kau sebagai wanita'
alhamdulillah..aku bersyukur dengan kurniaNya
kalo orang lain bertahun tunggu berita gembira
tapi kami alhamdulillah..rezki dari Nya..
ada teman bertanya..ape rahsia...
aku cuma balas.. xde rahsia..smua dari Dia..

ye..aku sebenarnya risau
sbb sebelum kawin dlu..detect...
aku ada sesuatu yang mungkin kata doktor
akan mengganggu keupayaan untuk dapat baby
bila kawin nnt..tp alhamdulillah...
dengan doa xputus aku n suami sejak diijabkabul
Dia kurniakan...
kami tahu bila usia kandungan aku baru
5minggu..disebabkan piyed cam lambat1-2ari gtu..
hubby suh cek..yup +ve..ceh siap tgkap gambo g
menda alah tuh..huhu..
tp selang brapa ari isau sbb ada sumthing pelik..
so g cek up..dr scan kata oke..tp kcik g xda heartbeat lg..
cuma ada CYST.. yup...ENDOMETRIOSIS..
dr dlu aku disuspek penyakit ni tp bila scan xnmpk..
dr suh operate dlu utk lbih dtails aku xmo..
sbb kalo operate pon..menda tuh berkemungkinan akan dtg blk..
so dr kata..solution tunggu sampai kawin..if ada prob bru dtg blk..
n masa scan 2minggu lps..saiz cyst tuh 3cm..kecik kot ekk..
tp bisa buat hati aku risau..tp dr kata xpe..kita pantau..
next 2 weeks dtg lg..

smalam pegi lg klinik yasmin..
rescan... alhamdulillah nampak jantung bayi
laju sangat...dug dag..dug dag..
sangat terharu..rasa nak menitis air mata aku..
18mm saiznya kata doktor..ala comelnya..
but then dr show CYST...yg ada sblh kiri
bawah skit dari kedudukan baby..
membesar kata doktor..now dah 4.3cm..
kata doktor kalo cyst ni semakin membesar..
akan bahayakan kandungan..
ada kes..ia akn hilang.. so xbahayakan baby..
aku dh wat research gak lately..
pasal kes2 ni..ada yg usia 5bln..menda tuh ilang..
ada yg kna operate buang
masa tgh peknen ni..
ada yg masa operate bersalin trus buang skali..
ada gak pas operate buang during peknen tuh..bahaya pd baby..
n gugur..macam2 kes..

n bermacam-macam kemungkinan tuh..
buat hati aku.. risau!
Tuhan, bagi aku kekuatan. Aku bersyukur ada suami
yang memahami, mengerti kerisauan hati ni..
menenangkan aku.. tp aku mohon dijauhkan
dari kemungkinan yang tak mampu aku hadapi.

Wednesday, February 11, 2009

Loya..huhu





Petua Kurangkan Loya Semasa Hamil

makan pada waktu makan yang teratur,
makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap,
kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng,
minum banyak air.



Sumber: http://ratuhati.com/index.php/Tip-dan-Petua/Kehamilan-dan-Kelahiran/Kurangkan-Loya-Semasa-Hamil


Let everyone know what kind of flower you are!

I am a
Sunflower

What Flower
Are You?

You Are a Sunflower
"When your friends think smile, they think of you. There is not a day that goes by that you can't find something good about the world and your fellow human."

Friday, January 23, 2009

Fantasia Bulan Madu...

Ekceli xde le bulan madu sesangat..
sikit2 jek..hahah
tah rasa xsempat jekk..
tp kami lari gak..sempat kan jugak..
3 ari lps majlis selesai..kami ke bukit fraser..
stay kat apartment silverpark..
khamis ptg gerak dari perak..
then sampai atas bukit sana kul 8...
maghrib check in..x naik blik dlu..


sbb dh lmbt..trus g candle lite dinner..
kami g Smoke House... wahhh best tmpt nih..
siyes...ceh..ingt encik tuh omputih..
ngn mukangan bahasanya..upenye melayu..
hmm dia cadangkn menu lamb shank..siyess sedapp...
ahhh setel..haha...hubby aku setel la..
aku tulung sama...haha
aku nye ayam je xbrapa best..huhu xabih..
ermm abih dinner yg mengasyikkn tuh..blk blik je ahh..huhu..
gile la cni..sjukkk sesangat...nk amik wudhu' pon aduiii...
esok awal pg..dh bangun..
nak jejalan tngok xtvt org cni sblm bekfes
alamak upenye..xde pe yg menarik..
tmbh byk tmpt tgh renovation
derang nk jdkan tmpt tuh Litle England le plak..
so tgkap2 gmbo jap..n g bekfes..
after bekfes..blk blik..we decide utk pack..
gerak blk awal..opsss x blk g..
lets go to genting plak..hahah...

so spend time together kat genting lak...
jejalan sana..then wat tgn lilin..then masuk Snow World tuh..

sejukkk gla...abih jejalan genting..blk..kul 7 gerak dari genting..
nk tdo..xleh arr..fulhouse..g pon esoknya ada kenduri
jiran aku lak..huhu...jadi la kan..walopon skejap tapi
yg penting...saat2 bermakna yg kita luangkn bersama
dengan orang yg tersayang tuh..kan..kan..ahakz...


i'm backkkkk...


haha lama gile xupdate blog..
bz sgt ke ngn new life..
actually..yes..hehe.. baru dpt
sesuaikn sikit demi sikit
life baru ni..
nak letak ckit la gambo kenangan di
ari bersejarah aku ari bulan lps..hehe

ada 2 pngantin kat umah aku.. aku n uddi..adik aku amirul n ecah


thanks pd kekawan yg hadir..ramai vf kl dtg..cayunk kowang..


hah..ni adiah yg dpt dari kwn2 opis lama aku...
best sbb masa kenduri umah my hubby derang dh kasik..
cpt tuh wat..edit kat kopitiam katanya..haha..tq2


nih masa umah my hubby..ijo.. hah kat cni ada 3 pengantin lak..
mak hubby aku suh adik aku juin skali..
sepasang g tu..sepupu my hubby..purple tuh..amir n umie..
saja memeriahkn suasana..huhu..

hah ni plak biru nih..majlis umah amir n umie
masa awal muharam ri tuh
makcik my hubby nih suh kami juin sanding g..
segan gila..dh la dh dua minggu kenduri kami..
haha..ada adik kecik tuh sound..
"aikkk bkn dah kawin ke..kawin lagi"
hahahha

Tuesday, December 2, 2008

10 ari agi...


muahahaha..bior betik...10 ari g..
ekekeke... lama dh tak count down..
ttiba td la terdengar radio...ari nih 2hb..
katanya...dh nak masuk thn baru..
huh...kejap jek masa nih.. lg aku tak kira..
rasa lg laju lak..
pe yg xsiap g..ahhhh malas nk kira dh
hadap je la...haha


hmm..semalam aku g refleksologi..
giloss sakit...nih terasa lg nih...
aku g ngn uddi.. ceh memula..aku wat dlu
dia pndg muka aku..senyum.. "sakit sgt ke"
aku mmg tak tertahan2 dh... pegang tpi kusi tuh..
then rasa cam nak tendang org lak..
peghhh... paling sakit tang tpi ibu jari..
katanya kepala slalu sakit..migrain..
then susah tdo pon dia tau...
hmmm... yg aku g tkejut tuh.. jantung..
katanya sbb aku slalu cepat marah..
kna banyak sabar...btui siot...
memang aku baran jek skang neh..
pantang orang lambat..pantang silap..
haihhh....


contoh..
lpas urut tuh..kami g mkn...
lama dh oder makanan xsampai g..
aku pandang org blakang..
famili tuh baru duduk...
air aku sampai td..derang bru duduk..
tup2 dh dapat makanan..aku diam..
tngok tv..
skali meja dpn aku..famili tuh pon dh dpt mee nya..
aku tnya uddi..bkn derang bru sampai ke..
uddi sound aku.. sabar la sikit...
sentap jugak aku... aku lak yg kna marah...
dia siap sound... kan aunty tukang urut tuh kata
jgn cepat mrh....aduiiiiiiiiii geram...


aku tak tau nape..memang pantang aku g kdai mkn yg gtu
hangin satu badan....kalo aku sorang..
memang aku dh bangun dh..
siyes ckp... bukan tak sabar..
tp apahal yg mcm tuh...
1st come 1st serve la..

ahhhh lantak ahh..mmg xmo g dh kdai tuh..
tp kalo aku terpegi gak... next nih kalo uddi tadak..
memang aku nk sound minah2 tuh..huhu...
sabar la tinie...jgn marah2 jekk..
sian jantung..sian kepala...haihhhhh...
arap2 aku dpt kurangkn marah aku..
tambah2 menjelang majlis nih...