Tuesday, October 19, 2010

Labbaik Allah humma labbaik



Panggilan Haji Telah Tiba Lagi

KT57
- Saudi Airline SV5121
- Kelana Jaya 26/10 1.30 pg (2 jam lebih awal)
- Tarikh berlepas 5.30pg KLIA
- Jeddah, Mekah 26/10 9.20pg (8-8jam 30min)
Penerbangan balik dr Madinah
- SV5318 Saudi Airline
- 8/12 1.30pg lapor diri
- 8/12 7.30pg
- 8/12 9.00 mlm (KLIA)

Itulah Maklumat penerbangan SUAMIKU dan IBU MERTUAKU
ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Haji pada tahun ini..
Seminggu lagi nak bertolak
Lebih kurang 44 hari meninggalkan tanah tumpah darah Malaysia ni..

Beberapa orang ada bertanyakan aku
Apa perasaan suamiku nak pergi..
Aku senyum je..
Actually macam2 perasaaan ada, aku je campak jauh2..
Aku cuma mendoakan mereka dipermudahkan perjalanan
Dapat menjalani ibadah haji dengan baik...
Sabar menempuh ujian sepanjang perjalanan..
Semoga dapat Haji Mabrur dan selamat pergi dan kembali..
Aku dan anakku akan setia menunggu di sini..mendoakan Dedi n Opah..

Suamiku berpesan, jaga diri baik2 sepanjang mereka tiada nanti
Katanya lagi, memang org selalu mendoakan jemaah semoga selamat pegi n kembali
tapi dalam hati jemaah haji mereka hanya mengharapkan satu..
dia tanya aku..tau ke? aku hanya diam,genggam tangan dia dan air mata tetiba je mengalir..
Ye, mati di Mekah atau Madinah adalah impian setiap mukmin
selepas impian untuk SYAHID di jalan Allah..
aku tau tuh.. tapi ahhh... stop berfikir..
Moga Allah panjangkan umur kami semua untuk bertemu semula

Bila rindu kerana Allah
Bertemunya pasti tak jemu
Bila cinta kerana Allah
Berpisahnya pasti tak gelisah
Cinta itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah



2 comments:

Es hash ei Ka Ei en said...

jgn bersedih .. sentiasa panjatkan kesyukuran.. rezeki suami kita. kita kena la rasa gembira sb dia dpt benda baik kan. mmg la org kata berpisah tu satu keperitan. tp korg berpisah kerana ALLAH ke jln ALLAH so tabah ye. suh udie doa kn nnt korg berdua plak dpt jejak ke sana.

aku jeles ni... jelesss.. :p

eh kirim udie..doakan moga aku dpt zuriat. boleh.. hehehe

semoga udie dan mak dia slmt berangkat, slmt menunaikan ibadah dan slmt pulang.

Unknown said...

ye..aku gembira alhamdulillah..rezeki dia..memang xsangka dpt g awal.. menggantikan abahnye..then dpt bawakkn mak g ke sana.. :)

k insyaAllah t aku gtau