Dalam kehidupan yang kita tempuh hari ke hari ni, kita tak dapat mengelak dari rasa sedih, kecewa, hampa, menyesal, marah, dendam. Inilah tanda hati kita sakit. Semua rasa ni kadangkala timbul saat kita berhadapan dengan ujian dan dugaan hidup. Adakala rasa-rasa ini semua kuat. Adakala kurang. Bagi diri aku, saat iman berkurang, jauh dariNya, memang sangat terasa mengapa diri ditimpa ujian begini begitu. Mengapa orang yang kita nampak biasa je, kadang tak ikut pun suruhanNya, hidupnya oke-oke saja. Macam mana kita tahu dia oke. Entah pandangan mata secara luaran sahaja. Hakikatnya hanya Dia yang tahu. Hati yang sakit ini perlu dirawat. Siapa yang perlu merawatnya? Kita sendiri.
Sebagai manusia yang ingin hidup tenang, ingin bahagia, kita cuba cari penyelesaian, jalan keluar bagi sesuatu perkara itu. Bukan hanya memandang sesuatu sebagai masalah semata-mata. Kerana jika kita dah sekat minda kita dari cari jalan keluar, memang kita akan selamannya terperangkap kat dalam masalah itu.
Satu. TUNTUTLAH ILMU. Ya. Carilah ilmu, itu pintu bagi masalah kita. Masa tak ada. Itu bukan alasan yang kukuh lagi sekarang. Dunia sekarang lebih terbuka. Tak ada masa untuk ke majlis ilmu. Kini semuanya di depan kita. (Jika ada kesempatan amatlah afdhal ke majlis ilmu.) . Internet ada,siaran TV Al-Hijrah, Raudhah @ TV9, CD2 yang bermanfaat pun ada. Jika tidak, carilah siaran radio yang bermanfaat IKIM.fm. Ya Allah radio yang sangat dekat di hati. Cubalah paksa diri untuk pasang siaran ni di dalam kereta. Memang benar mula-mula rasa kekok. Sebab kita dah biasa dengan siaran yang penuh dengan hiburan. Kadang ada juga rasa malu, takut didengar kawan yang menumpang, nak tunjuk alim ke. Pedulikan la. Ada aku kisah. :P Betul. Cubalah tukar siaran ke IKIM.FM. Paksa diri sekurang-kurangnya 40 hari dari pagi sampai malam. Jangan ubah ke siaran lain. Tengoklah kesannya. Radio yang sarat dengan ilmu agama, penuh dengan zikir-zikir terapi.
Dua.. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat kita, solat di awal waktu. Perbaiki solat kita. Solatlah cara kita berkomunikasi secara langsung dengan Allah. Tak perlu ada orang perantaraan bagi menyampaikan doa kita, bagi memberitahu hajat kita. Hebat bukan. Bagi pasangan berumahtangga. Jika rasa ada yang tak kena dalam hubungan suami isteri dan anak-anak kita. Cuba SOLAT BERJEMAAH. Kalau kita tak pernah buat. Cuba buat, ajak suami solat jadi Imam. Tak tahu, tak berani. Belikan buku. Baca bersama-sama. Bila kita solat bersama, saat itulah kita merasakan manisnya hidup mempunyai nakhoda dalam rumahtangga kita. Suami rukuk, kita rukuk, suami sujud, kita sujud. Taat kita mengikut suami dalam solat, InsyaAllah taat kita dalam melayari bahtera rumahtangga. Kalau kata kita bergaduh pun, bila sampai waktu solat, pasti nak bersalaman semua kan. Inilah saatnya bermaafan sesama kita. Kita dapat merasakan semua ego kita jatuh saat itu.
Tiga... Jaga hubungan sesama manusia. Kita hidup ni berkeluarga,bermasyarakat. Cubalah jaga sebaik mungkin silaturrahim. Allah melaknat orang yang memutuskan silaturrahim. “Apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan
memutuskan silaturrahim? Mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan
ditulikan telingan mereka serta dibutakan-Nya penglihatan mereka.” (Muhammad:
22-23).Andai kita dilaknat, apakah hati kita akan tenang. Adakah hati kita akan bahagia? Hidup kita bagaimana? Bahagia atau sengsara? Kita ada kuasa untuk mengubah diri kita, doalah selalu lembutkan hati kita. Zikir Ya Latif, doa semoga hati kita dilembutkan,dada kita dilapangkan. Dapat menerima ahli keluarga, sahabat, jiran kita seadanya. Dan aku teringat pesan Prof Dr Muhaya. Jangan asyik fikir nak mengubah orang. Selalu fikir nak ubah diri kita jadi lebih baik. Bila kita berubah jadi positif, InsyaAllah kita akan memberi aura positif bagi bertemu dengan insan-insan yang positif.
Cukup setakat ini 3 perkara yang aku kongsikan buat diri aku sendiri terutamanya dan buat semua. Sama-sama kita fikirkan dan amalkan.
No comments:
Post a Comment