Thursday, March 31, 2011

.::Pergi Takkan Kembali::.


Salam..penuh dah bersawang blog ni..
kesibukan dengan macam2 hal..hari ke hari..tak sedar
dah nak abih bulan Mac 2011 dah..
macam2 perkara dilalui dlm tempoh ni..
yang paling besar.. abah aku yg disayangi..
dah pergi meninggalkan kami pada 16 Februari 2011..

sejak suami aku kat Tanah Suci lagi abah dah asyik
keluar masuk hospital..
aku sibuk dgn menguruskn anak
dan juga dgn keadaan abah
pada awal November..abah disahkan penghidap
buah pinggang ..END STAGE..kesan dr penyakit kencing manisnya
patot lah abah lemah..selalu demam mengejut
selalu hypo..apabila gula tiba2 terlalu rendah..

abah perlu rawatan DIALISIS..aku menguruskan hal ni..
mencari maklumat..pusat dialisis..
dan memohon bantuan baitulmal bg menjalani dialisis..
alhamdulillah..tidaklah terlalu susah..
samaada pergi mengambil borang di baitulmal daerah
atau terus pergi ke pusat dialisis terlebih dahulu..
biasanya mereka ada menyediakan borang baitulmal..
bantuan PERKESO juga boleh..tapi ia hanya support dialisis saja
kos ubat-ubatan tidak ditanggung..
walaupon BAITULMAL telah luluskan dlm
seminggu je permohonan
tp abah tak sempat pon jalani
dialisis di pusat Dialisis yg kami dh book

3 Januari..abah semakin teruk..
suamiku dan abang long yg bawak abah ke hospital..
sakit perot sangat katanya..rupanya ada cecair nanah
dalam perot..so doktor tebuk blkg perot..masukkan tiub
untuk keluarkan cecair tuh..abah tak boleh dibedah
kerana risiko tinggi..darah abah kurang n abah juga lemah..
ada masa abah ok..kebanyakan masa..tak ok..semakin kurus..
hari2 aku mengulang hospital..mak yg jaga abah..sian mak..
lama duduk hospital..sehinggalah 16 Februari..
sehari sblm tu..cuti..Maulidurrasul..aku pegi jenguk abah
tengahari sampai ptg..alhamdulillah..setelah 2 ari tak sedar
abah sedar dan bercakap2 jugak..walaupon susah nak paham
tiub masuk ubat dan susu kat hidung..then pakai oksigen lagi..

16&17Feb aku ada kursus di Ipoh..
rasa tak sedap hati dah nak pergi..
tapi memandangkan tanggungjwb keja..pegi jugak..
pagi otw ke ipoh..aku call mak tanya keadaan abah..
mak kata..keluar drh ikot idung..tp abah nmpk diam je..
aku truskn jugak perjalanan n pesan kat mak mintak inform ape2..
masa kursus..rehat minum pagi 10.30..aku nmpk misscall..
aku call..then dengar suara orang mengaji dan..dan mak ckp
abah kritikal..aku terus bergegas blk..memang pecut..140-160km/j
tp penuh hati2 krn masih waras...

sampai hospital..memandangkan doktor dah ckp takde harapan..suruh ajar mengucap..
jadi kami mintak bawak abah balik rumah..
pukul 4 ptg..abah sampai di rumah..kami mengaji dan ajar mengucap..
akhirnya 6.30ptg abah menghembuskan nafas terakhir..depan kami..
Dari Allah kita dtg..pd Dia kita kembali..
sedihhh sangat..
Ya Allah ampunilah dosa abahku, cucurilah rahmat
ke atas rohnya..lapangkanlah kuburnya..selamatkanlah abah dr
siksa kubur..Amin.. kami syg abah.. :((
al-Fatihah