Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

.:: Resepi Durian Crepe ::.


Demam DURIAN CREPE semakin beransur reda. Kalau tidak kat FB  itulah post yg asyik orang update kan. Ada yang teringin makan ke. Dah makin kurang la orang jual kan. Sebabnya musim durian pon dah habis. Kot ada pon durian D24, Mousang King dan seumpamanya.So, baik kita buat sendiri kan,pilih durian yang terbaik.

Durian crepe ni aka kuih bantal durian yg specialnya kulit dia tu. Nak sedap kulit tu kena nipis tetapi taknak mudah koyak. Hmmm susah jugak kan. Bagi yang mencari resepi nak mencuba sendiri membuat durian crepe ni. Aku ada resepi yang aku dapat kat internet tapi telah diubahsuai ikut sukahatiku. Kalau resepi sebenar hanya tepung gandum. Tapi aku saja campur beberapa jenis tepung yang dah memang ada kat rumah. 1st time buat memang tak berapa oke mengikut sebulat-bulatnya resepi asal. Then baru la oke. Suamiku la dok bagi semangat, practice make perfect katanya.
So di bawah ni resepinya.

Kulit Crepe
150gm tepung gandum
5 sudu tepung jagung
5 sudu tepung castard
5 sudu tepung ubi
3 biji telur ayam
500ml santan
pewarna kuning
esen vanila
air suku cawan (agak2 kepekatan)
garam sesudu kecil

Semua bahan dimasukkan dalam blender dan kisar hingga sebati. Tapis.
Guna pan yang tak melekat tu dan yang ada pemegang. Senang nak lenggang. Letak minyak sikit gunakan tisu. Ratakan dalam kuali. Letakkan sesenduk kecil dan lenggang. Kulit yang dah siap boleh dilapis-lapis,takkan lekat punya. Gambar di bawah bukan yg aku buat, google nak tunjuk contoh pan tu. Kalau tengok dia lapik2 kulit tu dengan plastik. Tapi resepi ni oke tak melekat. Oke petua kalau kuali yang digunakan tu melekat. gorengkan telur hancur dalam tu.InsyaAllah tak melekat dah. Oke selesai kulitnya.

Inti Durian Crepe
250ml whipping cream

Whipping cream diputar menggunakan mixer sehingga kental. Kental maknanya bila diterbalikkan bekas cream xkan jatuh dah.
Isi durian dilumatkan. Suamiku suka diblend bagi halus terus.

Kemudian kulit crepe diterbalikkan. Bahagian licin di luar. letakkan whipping cream. Lapis kedua isi durian. Kemudian ditutup dengan whipping cream lagi. Lipat segiempat macam bantal. Dah siap. Lipatlah sampai habis.Kemudian simpan dalam peti ais. Dihidang sejuk. Nyummy.

Adik aku, Amy dah buat ikut resepi ni. Alhamdulillah jadi. Ni lah hasilnya.

Wednesday, January 16, 2013

.:: Resepi Puding Roti Pelangi ::.

Salah satu hobi aku adalah memasak dan mencuba resepi baru. Dan resepi tu banyak sumber aku dapat, macam puding pelangi ni dari sorang akak ni Kak Nori, anak jiranku.

Sangat mudah Puding Roti Pelangi ni, tak sampai sejam pun membuatnya. Dan yang penting sedap dan cantik, membangkitkan selera nak makan. Kalau bawak g jamuan ke, pasti ada yang akan minta resepi ni. Dan aku bagi je, nak sorok buat pe. Sharing is caring kan. Seronok bila resepi yang kita bagi tu, derang cuba buat dan jadi. Muka happy tu membahagiakan kita. Betul tak?Oke, so kat sini nak kongsi resepinya. Kredit to : FB: Noriko Sukamoto . Psttt tak rugi korang add FB akak ni. Memang kagum dengan dia, seorang yang tak pernah kedekut ilmu. Pelbagai resepi boleh jumpa kat situ.

Resepi::
Langkah 1:A)5 kpg roti,1tin susu cair,5 sudu susu pkt,2 bj telur,1sd the esen vanilla. B)10g agar2 segera(halalgel x was2 punya),1/2 cwn gula kalau nak manis tmbh. C)1 sudu mentega.

Langkah 2:Blend bhn A dan tapis



Langkah 3:Bhn B)1/2cwn gula dicampur 10g agar2 segera dan 4 cwn air dididihkan kemudian masukkan bhn A.



Langkah 3.Masukkan mentega 1 sudu besar setelah A+B mendidih sekali lagi.



Langkah 4.bahagikan beberapa bhgian.lapisan pertama 3 senduk.lapisan seterusnya 1 senduk.tuang tgh2 sehingga habis. Kemudian tarik dengan lidi, dari tepi ke tengah. Proses tu yang akan menampakkan lorekan yang menarik ni. Last sejukkan dalam peti ais..Nyummy. Nak mendapatkan warna menarik macam ni, cer beli pewarna biru. Memang menarik jadinye.. Selamat Mencuba





Monday, June 27, 2011

.::RESEPI SIZZLING YEE MEE::.

Sejak boleh masak ni, macam2 resepi nak cuba
Tapi sebab dah lama tak masak agaknya
Kadang jadi, kadang tak jadi,hehe
Yang penting tak give up, terus juga memasak
Seronok memasak ni especially bila tengok orang makan

Oke,pendekkan cerita,mak mertua aku teringin nak makan Sizzling mee,
nak yg homemade..sebab mak dah penah rasa yg kat tesco tu..
so aku pon mencarik resepi
Cari punya cari, ada 3 resepi di tangan yang boleh dicuba
Kak Yong akak iparku, Ros (wife bos), dan juga resepi kat myresepi..
Aku combine 3 resepi nih,jadikan yang terbaik..


Bahan2:
Yee Mee(carik yg tanda halal jakim ek :D)
Cendawan shitakei-kat tesco sebungkus Rm2.99 (byk ikot suke ler)-dipotong 2 atau 4..dibasuh dan direndam (semalaman lg bagus-petua Ros)
1 labu Bawang besar, 7ulas bwg putih,halia besar ibu jari -bahan A
2 sudu lada hitam (tumbuk)
Ayam dipotong kecil(perap dgn sos tiram)
sos tiram, kicap pekat, kicap manis,stok ayam
garam
tepung jagung (2-4 sudu ikot kepekatan)
5 tangkai cili kering dipotong tgh dan dibuang biji
Sayur Pak Choy dibasuh setangkai2..Cara:
Tumbuk bahan A,tumis sehingga kuning, then masukkan lada hitam yg ditumbuk,
air rendaman cendawan ditapis dan dimasukkan, biar mendidih, masukkan cendawan,
biar lama sikit hingga naik bau cendawan, masukkan kicap pekat dalam 2sudu atau ikot kadar air xperlu byk,masukkan sos tiram, kicap manis,stok ayam dan garam(rasa dlu baru tambah garam secukup rasa.) Biar mendidih, bancuh tepung jagung dgn air biasa, masukkan dan kacau perlahan. Masukkan ayam. Masukkan cili kering.Kuah dh siap. (kuah ni buat lebih pon xpe, bleh masuk peti sejuk dan panaskan bila nk mkn)
Panaskan hot plate or kuali,Masukkan Mi dalam kuali, pecahkan telur, sayur, masukkan kuah. .sekejap jek oke jgn lama2 nanti kembang sgt mi xsedap.


Oke, kalo takda hot plate ni pon xpe, bleh guna kuali biasa, jangan risau, tak mengubah rasa mi nih, :D . Tapi biasa la kalau ada lagi la feeling kan..hehe..
petua lain, lada hitam tumbuk n serbuk yg ready tuh lain kepoweran rasanya,
so kalau yg suka rasa pedas tuh bleh tumbuk lebih sikit ye.
Dan bleh jugak makan bersama cili potong..ah sedap!
Selamat mencuba pada yang nak mencuba. Sangat mudah, less than 1 hour dah boleh siap.

psstt: gambo-gambo diatas bukan yg kat kedai tau..hehe