Satu lagi pra syarat bagi penjawat awam untuk sah jawatan
iaitu Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Utama Bagi Kump Sokongan (exam perintah
Am). Aku baru je sit exam ni minggu lepas. Kawan-kawan satu batch ada yang dah lulus
pon. Aku kira lambat sebabnya aku cuti bersalin masa orang lain sibuk apply
untuk sit exam. Kes ketinggalan maklumat la ni. Exam ni setahun Cuma dua kali
je. Dan pula perlu apply online bagi menduduki exam. So kena selalu tengok
laman web kompetensi.jpa.gov.my untuk jadual exam dan juga apply exam. Apply
exam pon ada tempoh dan tarikh tutup apply. So kena alert benda-benda tu. Dan
juga 2minggu sebelum peperiksaan kena masuk online lagi untuk print slip
peperiksaan. Pastikan slip tu lengkap dengan maklumat diri, nama dan IC yang
betul, nama dan kod peperiksaan, juga alamat pusat peperiksaan.
Ok. Pastikan pada hari peperiksaan korang pergi ke alamat peperiksaan yang betul. Sebab masa exam ari tu ada sorang kawan tu, pusat peperiksaan dia tulis di kompleks haji tapi dia datang kat situ, kompleks Islam. So hati-hati ye.
Ok. Pastikan pada hari peperiksaan korang pergi ke alamat peperiksaan yang betul. Sebab masa exam ari tu ada sorang kawan tu, pusat peperiksaan dia tulis di kompleks haji tapi dia datang kat situ, kompleks Islam. So hati-hati ye.
Oke. Untuk persediaan, sila baca buku Perintah Am dan Arahan
Pentadbiran yang tebal tu dan jupa PKPA. Kena khatam dua-dua buku ni. Tak rugi pun
baca sebab semua maklumat dalam tu, kita sebagai penjawat awam perlu tahu.
Bosan baca buku yang tebal tu..Arhhh aku jua begitu. Lip lap lip lap mata
terbuka tertutup. So aku cari contoh-contoh soalan kat google. Tak banyak
sangat membantu. Tapi ada satu blog ni. .Ni link nya: http://mrsfaizal2b.blogspot.com/2010/10/epsa-kuiz-perintah-am.html
Aku sangat berterima kasih Sebab bagi
contoh soalan. Aku print soalan yang dia dh bagi jawapan. Then study satu-satu
soalan dan satu-satu jawapan dengan merujuk pada buku Perintah Am. Catitkan
pada jwpn2 tu maklumat yang penting.Ni lagi 1 link rujukan,tp kena bukak guna
Internet Explorer k:: Perintah Am: Praktis Uji Diri
Oh ye, lagi satu untuk tak bosan baca buku tu,dan utk membantu kita masa exam juga. Jangan lupa tag dgn sticky note kat tepi tu, bab2 yang penting. Fuh bukuku penuh dgn warna warni kertas ni. Tapi don’t worry mmg agak membantu.Sgt membantu sebenarnya. Trust me.
Oh ye, lagi satu untuk tak bosan baca buku tu,dan utk membantu kita masa exam juga. Jangan lupa tag dgn sticky note kat tepi tu, bab2 yang penting. Fuh bukuku penuh dgn warna warni kertas ni. Tapi don’t worry mmg agak membantu.Sgt membantu sebenarnya. Trust me.
Semasa Exam. Jangan lupa bawak SLIP
EXAM, KAD PENGENALAN. Datang awal sikit. At least 15minit sebelum exam dah ada
dalam dewan. Err aku 10minit sebelum..huhu..Oke, Sebelum angkat tangan mula
menulis, angkat tangan, baca doa dulu k. Baru isi maklumat diri pada borang
jawapan dengan betul. Jangan tertinggal satu ruang pun. Ingat, baca dan dengar
arahan betul-betul. Masa exam ni BOLEH BAWA BUKU RUJUKAN. Nota kecil tak boleh
ye. Ada 3buku boleh bawak. Bawaklah sekurangnya dua buku seperti disebut
diatas. Aku bawak perintah am je.Ah sangat menyesal tak bawak PKPA. Sebab
konpem soalan yang aku tak boleh jawab adalah dari buku PKPA. Masa yang diberi
1jam je. So rancang elok2 penggunaan masa tu. Aku jawab semua soalan dulu tanpa
merujuk buku. Mana soalan yang memang tak boleh nak jawab tinggalkan dulu dan
BULATKAN pada kertas soalan juga kertas jwpn. Lebih kurang 30-40minit jugak.
Lepas tu baru patah balik pada soalan yang dibulatkan dan cari jawapan dalam
buku. Perlu pantas ye. Inilah masanya berguna tempat yang kita tanda2 pada
tajuk penting tu. Dah habis soalan yang dibulatkan tu. Dalam sepuluh minit
terakhir baru semak balik dari soalan 1 sampai 40.
Pastikan semua soalan telah dijawab dan jawapan dipilih insyaAllah yang betul. Fuh memang sejam tu sangat la singkat.
Pastikan semua soalan telah dijawab dan jawapan dipilih insyaAllah yang betul. Fuh memang sejam tu sangat la singkat.
Bersambung…..
salam..hye nk tya la blog adress yg adew contoh soalan exam tu ape ea???boley share tak?
ReplyDeleteoke..sy dah update.. ;)
ReplyDeleteokey tq ea...sy nak sit exam february nie...wish me luck ea...huhuhu
ReplyDeleteinsyaAllah, study n doa byk2.. good luck!
ReplyDeleteterima kasih banyak2 diatas tip2 yg diberikan. maklumat dari blog puan sgt membantu. Saya bakal amek exam ni pada oktober 2014 ni. berdebar jugak sbb banyak nak kena bace tapi bila taw boleh bwk masuk buku lega sgt..huhu
ReplyDeletesalam..nk tnye ap full website tuk praktis uji diri tu???nak sit exam next month
ReplyDeleteC:\Users\user\AppData\Local\Temp\ptk17.htm .htm
ReplyDeleteatau klik pd link yg sy beri pd post di atas..
All the best semua!!