Tuesday, January 8, 2013

CONTOH SOALAN EXAM PERINTAH AM


CONTOH SOALAN EXAM PERINTAH AM

…sambungan
InsyaAllah aku cuba share contoh soalan setakat yang aku ingat k. Aku share sebab masa aku nak exam ari tu, bagai nak rak aku google pasal ni. Alhamdulillah ada la jugak jumpa blog n site pasal ni. Tapi tak banyak. So harapnya dapat membantu sikit.
Perintah AM
  1. Takrif “Kerja Siang”
  2. Takrif “Rumah Khas Jabatan” “ Rumah biasa Kerajaan”
  3. Notis berhenti kerja bagi yang dah sah jawatan berapa hari atau brp bulan gaji, bagi yang belum sah jawatan?
  4. Takrif ‘keluarga’ pegawai
  5. Perubatan. Sebab2 Lembaga Perubatan ditubuhkan.
  6. Notis untuk keluar rumah sewa berapa hari
  7. Elaun apa yang boleh dituntut untuk penempatan pertama
  8. Cuti separuh gaji?
  9. Cuti tanpa rekod ?
  10. Buku tunai yang dibetulkan, ditandatangan ringkas oleh siapa
  11. Penyata Pemungut.. Daftar
  12. Cek yang batal, debit kredit dimana. Berapa bulan sah laku cek.
  13. Kerja lebih masa untuk pegawai berjawatan ??
  14. Maklumat dalam agenda mesyuarat
  15. Maklumat dalam surat.
  16. Cuti Haji
  17. Kalau sewa rumah lebih tinggi dari pegawai layak. Perlu bayar mengikut harga pegawai layak.

PKPA
  1. Jenis-jenis “Emel Rasmi”
  2. Sistem Maklumat Q-maklumat penting?
  3. Prinsip utama TQM?
  4. Contoh Slogan kualiti.

EXAM PERINTAH AM


Satu lagi pra syarat bagi penjawat awam untuk sah jawatan iaitu Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Utama Bagi Kump Sokongan (exam perintah Am). Aku baru je sit exam ni minggu lepas. Kawan-kawan satu batch ada yang dah lulus pon. Aku kira lambat sebabnya aku cuti bersalin masa orang lain sibuk apply untuk sit exam. Kes ketinggalan maklumat la ni. Exam ni setahun Cuma dua kali je. Dan pula perlu apply online bagi menduduki exam. So kena selalu tengok laman web kompetensi.jpa.gov.my untuk jadual exam dan juga apply exam. Apply exam pon ada tempoh dan tarikh tutup apply. So kena alert benda-benda tu. Dan juga  2minggu sebelum peperiksaan kena masuk online lagi untuk print slip peperiksaan. Pastikan slip tu lengkap dengan maklumat diri, nama dan IC yang betul, nama dan kod peperiksaan, juga alamat pusat peperiksaan.


Ok. Pastikan pada hari peperiksaan korang pergi ke alamat peperiksaan yang betul. Sebab masa exam ari tu ada sorang kawan tu, pusat peperiksaan dia tulis di kompleks haji tapi dia datang kat situ, kompleks Islam. So hati-hati ye.
Oke. Untuk persediaan, sila baca buku Perintah Am dan Arahan Pentadbiran yang tebal tu dan jupa PKPA. Kena khatam dua-dua buku ni. Tak rugi pun baca sebab semua maklumat dalam tu, kita sebagai penjawat awam perlu tahu. Bosan baca buku yang tebal tu..Arhhh aku jua begitu. Lip lap lip lap mata terbuka tertutup. So aku cari contoh-contoh soalan kat google. Tak banyak sangat membantu. Tapi ada satu blog ni. .Ni link nya: http://mrsfaizal2b.blogspot.com/2010/10/epsa-kuiz-perintah-am.html  Aku sangat berterima kasih Sebab bagi contoh soalan. Aku print soalan yang dia dh bagi jawapan. Then study satu-satu soalan dan satu-satu jawapan dengan merujuk pada buku Perintah Am. Catitkan pada jwpn2 tu maklumat yang penting.Ni lagi 1 link rujukan,tp kena bukak guna Internet Explorer k:: Perintah Am: Praktis Uji Diri


Oh ye, lagi satu untuk tak bosan baca buku tu,dan utk membantu kita masa exam juga. Jangan lupa tag dgn sticky note kat tepi tu, bab2 yang penting. Fuh bukuku penuh dgn warna warni kertas ni. Tapi don’t worry mmg agak membantu.Sgt membantu sebenarnya. Trust me.
Semasa Exam. Jangan lupa bawak SLIP EXAM, KAD PENGENALAN. Datang awal sikit. At least 15minit sebelum exam dah ada dalam dewan. Err aku 10minit sebelum..huhu..Oke, Sebelum angkat tangan mula menulis, angkat tangan, baca doa dulu k. Baru isi maklumat diri pada borang jawapan dengan betul. Jangan tertinggal satu ruang pun. Ingat, baca dan dengar arahan betul-betul. Masa exam ni BOLEH BAWA BUKU RUJUKAN. Nota kecil tak boleh ye. Ada 3buku boleh bawak. Bawaklah sekurangnya dua buku seperti disebut diatas. Aku bawak perintah am je.Ah sangat menyesal tak bawak PKPA. Sebab konpem soalan yang aku tak boleh jawab adalah dari buku PKPA. Masa yang diberi 1jam je. So rancang elok2 penggunaan masa tu. Aku jawab semua soalan dulu tanpa merujuk buku. Mana soalan yang memang tak boleh nak jawab tinggalkan dulu dan BULATKAN pada kertas soalan juga kertas jwpn. Lebih kurang 30-40minit jugak. Lepas tu baru patah balik pada soalan yang dibulatkan dan cari jawapan dalam buku. Perlu pantas ye. Inilah masanya berguna tempat yang kita tanda2 pada tajuk penting tu. Dah habis soalan yang dibulatkan tu. Dalam sepuluh minit terakhir baru semak balik dari soalan 1 sampai 40.


Pastikan semua soalan telah dijawab dan jawapan dipilih insyaAllah yang betul. Fuh memang sejam tu sangat la singkat.
Bersambung…..

EXAM PEMBANTU MAKMAL C17


Salam. Ikutkan dah lama dah cerita pergi exam ni. Dan sekarang baru teringat nak kongsi sedikit cerita dan tips pasal exam ni. Pertama sekali lulus exam ni adalah salah satu syarat sah pelantikan. Jadinya memang la kena beria usaha bagi lulus exam ni. Mula-mula kena apply untuk ambik exam di laman web www.moe.gov.my/sisppa . Tengok jadual,tengok kod dan mohon. Ada dua kertas yang perlu diambil. Satu kertas soalan dalam bentuk objektif, satu lagi kertas dalam bentuk esei. Dulunya kertas 2 ni Amali, sekarang dah takde amali ganti dengan soalan esei pendek, yang pada aku lebih tepat dikatakan soalan dalam bentuk struktur.
Selepas permohonan, dua minggu sebelum peperiksaan, print slip peperiksaan, semak pusat peperiksaan dan pastikan angka giliran juga dicetak jelas.


Preparation. Banyakkan membaca Buku Rujukan Makmal Sains. Serba sikit tau pasal nama-nama radas dan alatan,tugas pembantu makmal, nama bahan-bahan kimia, langkah-langkah keselamatan, penyediaan bahan, peti kecemasan dan eksperimen yang biasa buat contohnya ujian makanan. Ye, itulah serba sikit soalan yang masuk.
Soalan aneka pilihan biasalah nampak mudah tapi jawapannya hampir-hampir sama. Pilih yang tepat.

Soalan Kertas 2 pulak, aduh punya berdebar la sebabnya tak ada sebarang contoh soalan(ini kali pertama exam tukar format,sebelum ni amali), tak dapat nak predict soalan apa yang keluar. Tapi Alhamdulillah soalan agak mudah. Keluar apa yang dibaca. Diberi 8 soalan, pilih 5 soalan untuk dijawab. Yang aku ingat Simbol-simbol bahan kimia, peralatan dalam peti kecemasan, Langkah-langkah semasa menghadapi kebakaran, Jenis-jenis alat pemadam api, Tugas pembantu makmal semasa cuti sekolah, Jenis-jenis asid yang biasa disediakan (larutan meja),labelkan mikroskop. Soalan mikroskop ni memang selalu la keluar kata senior aku, tu yang memang hafal la label n fungsi.


Tips nak lulus takde apa sangat. Baca dan baca dan baca buku rujukan dan juga praktikal semasa buat persediaan dan amali tu la yang akan membantu kita semasa peperiksaan. Selamat Berjaya!

KURSUS INDUKSI KISSM

Entry ni saja dititipkan, kot la ada yang mencari nak dijadikan rujukan. Sebab aku ari tu masa nak g kursus induksi berdebar jugak. Bukan pe sebab ianya salah satu syarat sah jawatan. Menghadiri kursus induksi dengan jayanya. So kena lulus la. Apa yang perlu lulus? Markah lulus dinilai daripada penilaian fasilitator ke atas kita sepanjang kursus. Kalau dulu ada pengucapan awam, sekarang takde Cuma kena aktif la dalam kelas. Lagi bagus kalau boleh offer diri jadi pengerusi majlis ke, jadi penghulu ke. Markah lebih la kat situ. Kedua kerja dalam kumpulan. Seterusnya markah diberi berdasarkan ujian pada akhir kursus. Pada yang nak cuba buat latihan, boleh google ‘contoh soalan induksi’. Ada banyak set soalan, buat je. Soalan memang kebanyakannya lebih kurang sama je. CONTOH SOALAN UJIAN OBJEKTIF INDUKSI

Kursus Induksi ni 3 hari. Kalau dulu lama sampai dua minggu. Tapi sekarang 3hari 2malam je macam aku bertempat di Pangkor Coral Bay Pulau Pangkor. Awal-awal kita dah dapat nota yang diberi dalam bentuk CD. Arahan menyuruh kita print dan baca nota ni,juga bawa ke kursus. Aku ikut arahan le. Tapi masa kat kursus takde disentuh satu bab pon dari nota tu. Ianya lebih pada untuk membantu kita masa jawab soalan ujian nanti. Memandangkan kursus ni singkat jadi masanya amatlah suntuk. Takde masa la nak golek-golek atas katil. Tambah hari kedua tu mmg padat la jadual dari pagi sampai malam, nak salin baju bertukar-tukar fesyen tudung pon xsempat. Oh ya, bagus juga kalau bawak buku tebal Perintah Am dan juga PKPA. Agak membantu terutama masa buat tugasan berkumpulan.

Perkara lain yang perlu dititik beratkan masa induksi. Jangan lupa bawak tanda nama(name tag). Juga gambar sekeping seperti di dalam arahan surat induksi. Jaga disiplin terutama tepati masa. Pakaian adalah pakaian pejabat. Ada satu lagi, duduk menginap di tempat yang telah disediakan. Ha tang tu aku agak tidak disiplin. Selamba bawak suami n anak2, aku ingat asalkan dok hotel yang sama takpe. Rupanya urusetia dapat tau, kena marah. Aku kan jujur g la bagitau sendiri.Hihi.. Tapi aku terpaksa bawak jgk,sbb baby masa tu sangatlah kecik lagi,nyusu badan tak pernah tinggal. Memang risau jugak la digagalkan aku disebabkan ni. Alhamdulillah lulus jugak. Oke. Teringat pulak kalau induksi guru, lain sikit, tugasan diberi sebelum datang induksi, so submit masa induksi tu. Erm,lagi pakaian sukan tak perlu bawak kalau tidak dinyatakan dalam surat, takde riadah pun.

Okelah tu saja coretan citer pasal induksi. Enjoy sepanjang induksi, fokus dan all the best!

Tuesday, December 6, 2011

.::Pengalaman C-Sect kali kedua::.

Alhamdulillah
hari ni dah 31 hari usia Nur Aira Raudhah..
anak kedua mami n dedi ni juga dilahirkan secara pembedahan...
sejak usia kandungan 5 bulan..masa scan, kedudukan bb songsang..
doktor atau nurse yg check semuanya ckp jgn isau nanti pusing..
tapi sehinggalah 34minggu tak pusing juga..jadi pd minggu 36
jumpa doktor pakar di Hospital Seri Manjung..
Bila doktor check rekod lama, masa operate ana 1st Syaza dulu
rupanya masa operate dulu Dr dpt tau.. bentuk rahim aku abnormal..
Uterus Bikornis.. iaitu menyerupai bentuk hati, ada lekuk ditengahnya
cewah..ngada2 rahim pn bentuk love..hah ada la hikmahnye tuh kn..refer gambar2 dibawah tentang pelbagai bentuk rahim yg ada..

mine yg tengah2 tuh..dibulat
kan..
sebab tuh baby tersekat tak boleh pusing..oo alkisahnya...
tak pernah ku tahu pon rahim ada banyak bentuk..
so, Dr akan set tarikh untuk operation..mula 4 nov..
sekali Dedi request 09 Nov..nape? sama ngan birthday mami..
oklah,n Dr pun agree..

Raya Aidiladha 06Nov.. hehe sempat le beraya, tngok korban dlu..
tahun ni kami ada buat korban kat umah ni..seekor lembu..
alhamdulillah, majlis berjalan lancar..
08hb aku admit wad..tuh pon siap hospital call lagi..nape xmasuk lg..
tengahari baru g..ahakzz..selambaaa..
petang tuh, lepas maghrib aku lepak bilik tv..yer la sihat lg kn..
malas nk baring je..sekali nurse suh dok katil la..haha..blk kat
mlm tuh,kul 10mlm dah start puasa..last aku mkn kueytiaw goreng
haihh biasa le..peberet kan..
malam takleh lena la tdo..rasa dh tdo lama, bangun baru kul 2..
hmm.. kul 5pg aku dh bangun, mandi,bersihkn diri, mengaji..n solat subuh..
lps subuh, baju operate pon diberi,aduhh berdebar dah..
pukul 7 Dedi sampai..lega sikit.. bila pk patot aku dh experience..
tak la takut sgt..oh no..tetap takut ye..ms minta maaf kat suami tercinta
biasa la mengalir gak air mata nih..huhu..byk dosa la tuh :P
lepas bsiap tuh, disuruh naik katil n ditolak dh, sebelum tuh
singgah jap, masuk salur kencing..ahhhh ini yg paling xtahan..
sgt xselesa, sakit..n entah tak tau nk ckp..
yg pasti lps tuh resah gelisah..berpeluh2..renyang..
N RASA NAk LARI..bleh gtu..
then ditolak la ke bilik bedah...bius..ahh sakit..tp lebih mudah..jap je..dlu lama..
lps bius.. sedar..cuma xnmpk n xrasa la ditoreh perot tuh..lama kali ni..
aha..kalo dulu xtahan sejukkkk bilik bedah ni..tp ni rs ok ket..

bila dh selesai..bb kuar..dr bg aku tngok.. ohh gurl..alhamdulillah
dr bg kiss..then trus dibawak bb.. then derang inform keadaan bb xstabil..
jantung laju, n x nangis..so perlu dibawa ke unit rawatan rapi kanak2..
xdapat la Dedi terus jmpa bb, n azan..lps dh kuar baru gtau Dedi..
later baru Dedi g jenguk baby n azan iqamahkn..

alhamdulillah secara keseluruhan, rasanya Allah lebih permudahkn kali ni
sakit pon rasanya kurang ket..esoknye aku dh bleh jalan g tengok baby kat atas
ari 4,keluar wad, dah boleh jalan sendiri ke kereta..kalo dlu, naik wheelchair
sminggu pas bsalin, dah boleh jalan dgn betul..bangun pn senang dh
dulu 2minggu baru oke..
3minggu pas bsalin aku dh mandikn baby sndiri..
Alhamdulillah itulah doaku..dimakbulkn..dipermudahkn bersalin n berpantang..

citer berpantang nanti la plak,cewah mcm ada orang nak baca pon..haha..



Thursday, November 17, 2011

.::Welcome..Nur Aira Raudhah::.

Assalamualaikum
dah lama gile tak update blog
alhamdulillah tanggal 09 nov baru nih
puteri ke2 ku telah selamat dilahirkan
juga melalui czer..
selamat hadir ke dunia puteriku..
Nur Aira Raudhah Binti Hj Muhamad Rosdi

Saturday, August 13, 2011

.::New Job, New World::.

080811.. aku memulakan tugas kat SMAB
as Pembantu Makmal.. ditempatkan kat Lab Sains Menengah Rendah (SMR)
ada 2 org senior PM kat sek tuh, memang lama la..belas2 tahun..
sorang lagi baru ditukarkan dr ipoh ke sekolah tu..dia pun kira senior
kekiranya aku je la yg baru..huhuu...malu i..
banyak le nk kena belajor kan..mmg la sains dpt A dulu..
tp nye itu lebih sepuluh tahun lepas..mmg xingt sgt arr..
kna study balik..sib baik la skang ni musim budak2 nak periksa
so xde guna lab sgt..haihh selamat..so kejanya.. lepakkan diri kat lab tuh..
mengemas aje le.. melabel sambil mengenal barang.. dan juga bukak buku sains
belajor balik..
kata senior, kot nak sibuk pon awal tahun dpn.. oooOoO
alhamdulillah setakat ni orang2 lama tuh baik jek..
insyaAllah bleh bagi tunjuk ajar..lega rasanya..

aha, aku kena sesi petang..blk lewat ket arr..
masuk pon lewat u.. masuk 10.40 hingga 6.30
untuk bulan puasa ni balik 5.30..
awal pagi memang boleh buat mcm2 arr kat umah
sempat la tunggu syaza bgn.. main2 dulu.. n mandikan dia siap2..

hmmm moga ni yg terbaik buat kami sekeluarga.. :D

Tuesday, July 19, 2011

.:: Alhamdulillah..Keputusan Temuduga Pembantu Makmal ::.

Alhamdulillah
Keputusan temuduga yang aku pergi awal bulan 6 hari tu dah dapat
"BERJAYA"
ikutkan jawatan kecik je kan,guna SPM je, tapi aku tetap bersyukur
ni bkn impian aku saja, tapi impian mak..berkat doa mak..termakbul jua

masa dapat result ni, actually aku tak tau ape perasaan..
gembira sebab berjaya..sedih, sebab plan akan bertukar..
ikutkan plan aku nak berhenti keja sini lepas raya
nak ikut suami yg baru pindah keja kat hospital sungai buloh..
tapi yang aku dapat ni, penempatan di perak..
cuma tak tau sekolah mana lagi..
memang ingat nak tolak dah..tapi ada sorang kawan aku bgtau
boleh buat rayuan mohon tukar penempatan atas alasan mengikut suami..

aku pon call pegawai kat KPM, dan beliau pon cakap boleh..
so, hari isnin dan selasa depan ni lapor diri di Hotel Seri Malaysia,
masa lapor diri tuh nanti derang akan terangkan macam mana..
2 hari tuh..aahhh.. so ini adalah 1st time aku akan tido tanpa Syaza..
tanpa Dedi dah pernah, aku pon dh tua, pandai la kan..
dari lahir sampai sekarang mesti tido bawah ketiak mami kan..
sekarang pulak lg pandai, tgh malam terjaga pon mesti tarik tangan aku
tido berbantal lengan mami..then pelok mami..haihh manja betul..
isaunye nak tinggal Syaza.. haihh.. sape yg tak boleh tido nanti entah
Syaza ke mami Syaza..haha

Thursday, July 14, 2011

.::Kembali Berjauhan::.


Esok insyaAllah ari pertama dedi lapor diri
tempat kerja baru, kembali ke kl sana
perasaan?
alhamdulillah, itu rezki,peluang yg Allah nak bg
jauh,memang jauh..sedih memang sedih
nanti tak boleh salam hari2, tak boleh peluk hari2,
jarang la dpt solat jemaah sama2..
xleh dah mintak tlg dedi bancuhkan susu tgh mlm..
xde org nak layan selera aku bila nk lunch t..ah sedih
nasib baik dah nak Ramadhan kan..
ah lagi sedih tak dapat puasa sama2..sabo2..hehe
Syaza pon sama mesti terasa kan
masa dedi jauh dulu, dia kecik g,xtau tanya
tapi now pagi2 dah pandai tanya, "dedi ane?"
"dedi keja syg"
minggu depan minggu baru tanpa dedi di rumah
hanya hujung minggu,insyaAllah

aku percaya tiap sesuatu ada hikmahnya
insyaAllah,biar berjauhan jasad tapi hati tetap bsatu..
tiap kali solat aku xlupa doa,
"Ya Allah perkukuhkanlah kasih sayang antara kami sekeluarga"
harap lepas ni walau jauh tp kasih sayang kami tetap kukuh
tetap utuh..tak ada bezanya..

InsyaAllah, aku memang bercadang nak ikot suami
mungkin selepas raya, perancangannya lah..
taknaklah berjauhan lama-lama kan
berjauhan mungkin ada baiknya, tapi terlalu banyak cabarannya
tak takut benti keja?bg aku rezki di mana2
asal kita yakin dgn janjiNya..maybe sementara tak keja aku
boleh concentrate dgn anak2..mungkin itu yg terbaik..
we'll see




Wednesday, July 6, 2011

.::Cameron Highland::.


Weekend yang lepas aku g Cameron Highland
Bersama dengan keluarga sebelah suami
Pergi ramai2..wah meriah.Ni kali pertama pergi lama
Biasa balik hari atau tidur 1malam je.
Dan juga kali pertama well planning punya.
Paling penting kali pertama pergi, tak makan2 kat luar
Semua masakkkk jek.. huhu puas!
Lagipon kalau nk makan luar bukan ada tempat best
pon kat Cameron ni kan..tetttt sori..
no lah, pegi ramai2 ni jimat lagi masak kan, semua2 kami dalam 17org
termasuk kanak2 3 org..5keta semuanya
mak,my family, kak lang n family, nyah n family, acik n family, intan n husband..Oke, Kami bergerak hari Sabtu..
Masak nasi lemak siap-siap pagi tuh,
kami gerak dalam pukul 11lebih
Sampai petang tuh,singgah jap cni, beli jagung mutiaraThen kami menuju apartment yg kat Tanah Rata
RM200 1malam,Carnation apartment, ada 3bilik,1 bilik air dan dapur boleh masak
ownernye ada kedai kat Tanah Rata sebelah Normala Collection..
Hmm sampai2 masak dulu, derang masak kari ayam dan rebus jagung mutiara..
Hmm tengoklah Syaza ni, org lain bila petang hingga malam semua sejuk..
Dia leh releks je berendam dalam baldi..sib bek air heater kanLepas makan g Pasar Malam
Wahhh meriah la kan.. sayur murah2.. strawberi, baju2..roses..wahh
hmm tapi kami tak borong pn lagi, balik lambat lagi kan
aha, tapi kalau korang nak beli ole2 bwk blk mcm keychain,magnet comel2 tuh,
then baju kait,topi..aha kat pasar malam ni la yg murah sket..
cuma kena byk jalan la kan..survey2 rega..
contoh: magnet n keychain butterfly kat pasar mlm jual RM1 pon ada
menda yg sama bila kat kedai2 or tempat lain teruk jadik Rm3-4 ..
kalo nk beli banyak kan rugi tuh..huhu..
Hmm beli makanan takde lak yg teringin, iyalah mcm2 ada
Nasi lemak kukus, cendawan;bayam goreng..strawberi coklathmmm macam2...tapi sebab perot dh dipenohkan siap2
so selera nak beli pon kurang..bagus petua nih

Esoknya..menu pe.. mi goreng dan salad..sos thousand island dh beli siap
sayur fresh beli mlm td.perghh
wahhh..makan aje kan..kul 11 kami gerak keluar dr apartment..
Mula kami ke Ladang Teh.. Cameron Valley
Kat sini lepak2 minum teh,mahal tuh tehnya walaupon Ladang sebelah jek..
Dan kami cuba Scone, ala2 omputih konon..
sedap jugak ah kan..kongsi mkn ramai2..RM14 tuh 1set(2biji tuh)
Then kami ke area Kg Taman Sedia
Menarik taman ni, ada strawberi farm, orang Melayu punya
yang besar Al-Mashoor..yg best kat sini aku jumpa
kawan sama study kat UTM dulu..Nadia..
Syaza cam biasa mesra dgn sesiapa saja.. :)

Then, kami ke strawberi farm yg besar tuh,
tapi kat sini Syaza dah tidooo.. sepupu nye pon.hmm
cadang nak ke sini nak petik strawberi..tingin kan
tapi xbernasib baik, buah tak berapa ada katanya..so tak boleh
xpe2.. next kami menuju apartment untuk malam seterusnya
on the way ke apartment, singgah mkn durian tepi jalan..
macam2 harga jugak,mula jumpa RM8/kg, last kat dpn RM5/kg..
peghh sedapp..next apartment
Kat Brinchang, Equatorial.. tapi apartment under MARA...
adik ipar aku tuh keja ikm ..so dapat sewa sini dengan harga yg sgt murah
sangat best la apartment ni
ada 2bilik dengan 2bilik air..ruang tamu luas,balcony pon luas
sampai jek masak2 ringkas.makan..rehat..
then masak2 lagi untuk malam..kak lang nye plan mmg best kn
aku n hubby g pasar Kea Farm..beli sayur..
kak lang dh siapkan bahan2 lain n kuahnye..ohhh menu pe
hmm Steamboat tuh..haha..bahan bwk dr umah lg,
sayur2 cendawan smua beli sini.fresh2..best sejuk2 mkn sup2 ni kn..


malam kami tak g mana lepak jekk..
siang kat sini memang tak sejuk..pakai baju biasa jek
tapi malam sejuk leh tahan ar,so kalau g mmg wajib bwk stokin..
tido ada stokin, ada selimut,hmm memang lena la kn..huhu
esok paginya..lepas selesai buat karipap..
hah sempat tuh wat karipap..k.lang n intan prepare inti n kulit,
inti guna keledek cameron lorr..aku n na klim karipap..
selesai makan,kami g butterfly farm
kena bayar masuk ni RM5 dewasa, RM2 kanak2
macam2 spesis rama2 nih..cantek2..tp Syaza takut..huhu cuak
mula2 ingat tengok rama2 jek..tak berbaloi lak rs bayor..huu
sekali upenya macam2 ada..labu gergasi.ohh putera katak pon ada
besooorr gilerr..then macam2 spesis ular ada,spesis serangga
dan juga bunga2 yg cantik2 kat sini..

balik apartment rehat jap..then bersiap untuk balik
on the way balik singgah lagi Kea Farm,dekat je ngan apartment
baru borong strawberi n lain2..Hari Isnin so rasanya murah lg dari ari minggu
dapat beli strawberi paket besar tu 5=RM20+free paket kecik 2
then beli limau cameron,sayur2 dan juga teh..dapat murah dari Cameron Valley..huhu
balik kami lalu ikot tapah, saja acik nak blk ikot sana pulak
best jugak, singgah kat Lata Iskandar..sgt cantik tempat ni..subhanallah
ermm sekian perjalanan 3hari 2malam ke Cameron..
alhamdulillah maghrib kami selamat sampai di umah..