Assalamualaikum
Terapi Ion. Siapa yang dah pernah cuba atau dengar? Mak aku dan mak mertua dah beberapa kali pergi. Aku mula malas nak percaya. Tapi dah tengok diorang dah berapa kali pergi, teringin jugak nak pergi. Sabtu semalam pergi le buat untuk pertama kalinya. Apa itu terapi Ion? Dikatakan:: TERAPI ION RENDAMAN KAKI YANG MENGGUNAKAN ION NEGATIF DAPAT MENEUTRALKAN ASID/TOKSIN DI DALAM TUBUH BADAN MANUSIA. Begitulah ringkasannya. Rawatan ini RM10 selama 30minit.
Selepas merendam kaki selama 30 minit ke dalam air yang dicampur garam dan dihidupkan mesin terapi ion tu. Akan keluar la hasilnya, air akan berubah warna. Dikatakan ia mengikut keadaan badan individu tersebut. Macam aku, keluar keladak warna coklat dan berminyak. Diagnos dari akak tu, katanya aku ada masalah urat dan kolesterol.. Hmm betul la pulak memang aku kolesterol tinggi pon. Kat atas tu contoh gambar hasil selepas terapi. Bukan aku punya ye. Aku lupa nak snap gambar.
Balik dari terapi tu, aku tak puas hati memikirkan logiknya. Macam mana boleh keluar keladak-keladak tu dari kaki yang akan menggambarkan penyakit kita. Dok bersembang dengan suamiku pasal ni. So aku pun sampai rumah terus google pasal ni. Aku baru je taip TERAPI ION. Automatik keluar TERAPI ION TIPU. Aik, ape citer kan. So aku meneruskan pencarian pantang larang terapi ni, kesan sampingan. Tup tup terjumpa tentang video bukti terapi ion ni menipu. So pada yang nak saksikan kebenarannya. Silalah klik video ni.
Di dalam video ni, apa yang cuba ditunjukkan adalah, walaupun tidak rendam kaki sesiapa, tetapi air ini tetap berubah warna.Sama seperti keputusan yang kita dapat bila merendam kaki. Tak ke eksperimen ni menimbulkan keraguan? Timbul pulak persoalan, kalau betul menipu kenapa pulak hasil terapi ni berbeza-beza. Sila tonton video ni dari mula sampai habis, dikatakan perbezaan itu adalah kerana plate yg digunakan di bawah alat yang perlu kita kepit dengan kaki itu berbeza jenis dan ketebalannya. Sebab tu adakala keluar kuning, kelabu berasap konon, merah atau hijau. Kalau kat tempat terapi yang aku pergi tu, siap ada notis tidak dibenarkan melihat ke bawah. Pelik jugak kata kawan aku yang turut pergi terapi tu. Dia tengok jugak. Yang menimbul sedikit lagi persoalan, keladak-keladak tu keluar bukan dari kaki tapi dari alat yg kita kepit dengan kaki.
Lihat dari sudut sains. Masa terapi tu tak terfikir pon, bila dah google segala mak nenek, baru le teringat eksperimen elektrolisis Tingkatan 4 Bab 5. Proses elektrolisis yang dijalankan bagi memerhatikan bahan-bahan yang terbentuk di elektrod negatif (katod) dan elektrod positif (anod) semasa elektrolisis. Bila diperhatikan terapi Ion yang kita buat tu, unsur pertama yang keluar dari elektrod adalah ion Fe (besi), yaitu kuning coklat kemerahan, kemudian diikuti oleh ion Ni (nikel) berwarna hijau/hijau tua.Perbezaan warna-warni larutan bergantung pada bahan elektrod (platinum, stainless steel, atau tembaga), komponen tambahan pada elektrod (seperti kawat tembaga), dan keadaan elektrod(baru atau sudah lama). Masa suami aku buat,dia perasan keluar macam berbuih-buih,gelembung udara yang muncul disebabkan kerana adanya gas H2 dan Cl2 sesuai dengan tindakbalas diatas.
(untuk perbahasan details sila ke laman sini : Penelitian Alat Terapi Ion
Pendedahan ni bukan berniat untuk menjatuhkan perniagaan sesiapa. Tetapi untuk kita sama-sama memikirkan bahawasanya sebelum buat sesuatu perkara tu selidiklah dulu kebenarannya. Aku tak katakan pengusaha pusat rawatan itu menipu, mungkin dia pun tak tau kebenaran ni. Tak mustahil kan. Mungkin yang menipu pemborong yang jual mesin terapi ni. Who knows? Siapa yang kaut keuntungan yang lebih? Entah tak tahu. Apa yang aku tahu lepas ni aku takkan pergi dah buat terapi tu dan lepas ni akan lebih berhati-hati untuk memilih sebarang rawatan atau produk. Kalau rasa masih tidak logik, ada yang perlu dibahaskan, carilah, carilah kebenaran. Maklumat di hujung jari, banyak sumber yang kita boleh dapat.
7 comments:
terima kasih video tu. baru terjumpa yang ada video.
janganlah juga mudah percaya Dan tertipu dng vedio tu juga....
Banyak rasionalisasi yg lain
Contoh persaolan...kenapa air yg Sama garam yg Sama tetapi hasilnya dua warna air yg berbeza....satu keladak kuning...satu keladak kehitaman?
Lebih penting, kenapa perawat merasa kesembuhan?
Kalau sakit lutut sudah lega apakah sekadar psikologi semata mata
perkara utamanya, kenapa tak letak kaki pun air berkeladak juga.
elektrolisis buat banyak kali, memang ada yang hasilnya keladak lain warna.
lagi-lagi bila dah tambah dengan bendasing dari kaki orang sendiri yang berlainan, peluh, air etc.bukan tiap-tiap kaki orang sama.
rawatan rendam kaki dalam air garam memang pernah dengar. tapi tarik keluar toxin sampai berkeladak memang menipu.
salam, terima kasih atas komentar. Kalau tengok video tu dari mula sampai akhir, ada dinyatakan kenapa terjadi kebarangkalian perbezaan hasil terapi ion ni. Dikatakan ianya kerana perbezaan plate yg digunakan.
Diingatkan juga di sini, perkongsian ni bukan untuk menuduh atau menghukum tetapi untuk sama-sama kita memikirkannya.
salam.... saya amat2 setuju dengan azrol said... kenapa warna yang jadi masalahnya... kenapa tidak tgk hasilnya... Allah yang menyembuhkan semua penyakit... jadi yakinlah dengan kekuasaan Allah... kenapa yakin dengan mesin... mesin itu hanya perantaraan saja... sekian, terima kasih...
????????
Pada sye ape jua produk yg dikeluarkn mesti ade org suke dn x suke...ni penglman sye buat terapi selama 3kali...mmg nmpk hasilnya. Apa yg sye faham dn bole share di sini bile kt buat terapi ion ni kt jgn terperdaya dgn kesan air tu. Ape yg pting hasil yg kt dpt, bdn mmg ade perubahan. Sbb sye sorg yg mpunyai sakit tumit dn lutut yg amat sgt...hanye org yg benar2 berusaha nk berubat dgn niat nk sihat sembuh penyakit shj yg dpt beza kn produk ni berkesan @tidak..mungkin setiap org tindk bls x sama...sye setuju dng izwardi mansur...terima kasih
Post a Comment